Permulaan kepada penyakit kronik kanser, jantung, kencing manis bermula   disebabkan kerosakan pada sel penapis di bahagian usus kecil. Kerosakan penapis ini akibat keradangan menyerang usus.

Usus kita dijaga oleh bakteria baik. Kulit ada bakteria baik dan semua rongga badan dikawal oleh bakteria baik.

 

Pemakanan tidak sihat membunuh bakteria baik.

 

Gula pasir sangat merbahaya kepada badan kita kerana menyebabkan keradangan pada sistem penyerap makanan di usus kecil. Bakteria baik juga mati atau lemah dengan kehadiran gula pasir di dalam usus.

Ini menyebabkan bakteria jahat menyerang usus dan terjadilah keradangan.

Keradangan ini menyebabkan membesarkan rongga di antara sel penapis di usus.

Maka berlakulah kebocoran apabila bahan-bahan yang sepatutnya ditapis keluar telah dapat melalui rongga besar berkenaan masuk ke dalam darah.

Simptom kerap sendawa kembung, masalah gerd, gastrik, migrain, ekzema, merupakan isyarat awal berlaku kebocoran usus.

 

Selain dari gula pasir urutan produk susu terung bendi cili tomato madu yogurt bergula ubat ubat antibiotik steroid ubat tahan sakit menjadi punca kepada syndrome kebocoran usus.

 

Cara merawat memulihkan masalah ini ialah dengan menghentikan pengambilan gula pasir dan gluten serta merta. Gluten kebanyakan ada dalam gandum, oat dan barli.

 

Mengambil makanan prebiotik buah-buahan dan sayur-sayuran hijau.

Juga makanan probiotik seperti tempe, budu, cencalok, tempoyak dan jeruk kubis.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Awas Gula penyebab utama penyakit Usus Bocor  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares