Coolent Penting untuk Enjin Kereta

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


SEPERTI bendalir lain dalam kereta anda, penyejuk atau ‘coolant’ enjin (selepas ini akan disebut coolant) memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kereta anda beroperasi dengan baik dan betapa perlu ia disenggara secara konsisten. Kekerapan memeriksa coolant pula bergantung kepada jenis kenderaan, termasuk keseluruhan keadaan mekanikal dan sejarah pemanduan.

Langkah mengabaikan kondisi bendalir dalam enjin bukanlah sikap yang bagus, termasuk coolant juga. Jadi, sangat penting bagi seseorang pemandu untuk memahami apakah fungsi coolant dan bagaimanakah menyenggara bendalir tersebut.

KENAPA COOLANT PENTING?

Coolant enjin ialah campuran bendalir antara air dan antibeku (antifreeze) yang tersimpan dalam radiator kenderaan. Coolant berfungsi menghalang enjin daripada mengalami masalah panas lampau (overheating) ketika cuaca panas, dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem yang mana kedua-dua kondisi alam itu mampu menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin.

Amalan yang biasa dilakukan adalah mencampurkan air dan antibeku dalam nisbah 50:50 ke dalam sistem penyejukan kereta. Namun, peraturan tersebut bukanlah mandatori, sebaliknya bergantung kepada kondisi cuaca ketika kenderaan anda beroperasi. Campuran dua bendalir itu boleh saja diubah, sama ada meningkatkan titik didih atau mengurangkan had titik beku. Apapun, memilih campuran yang dapat mengurangkan tekanan haba ke atas enjin adalah cara paling ideal.

See also  Lelaki melecur di sambar api ketika mengisi minyak

KENAPA PENYENGGARAAN COOLANT TIDAK PATUT DIABAIKAN?


Kegagalan menyenggara coolant mampu menyebabkan kesan buruk ke atas enjin kereta anda. Ramai tidak tahu, coolant secara semula jadi akan mengalami degradasi daripada semasa ke semasa, dan juga disebabkan cara pemanduan teruk. Ini termasuk kehadiran lembapan tidak diperlukan dalam sistem penyejukan enjin yang memaksa sistem penyejukan bekerja lebih kuat berbanding normal, terutama apabila berlaku proses pengewapan yang tanpa sedar memanaskan komponen besi dalam enjin.

Antara penyelesaian terbaik adalah menggunakan coolant bukan air (waterless coolant) dengan titik didih tinggi dan titik beku rendah. Coolant jenis ini dapat mengelak elemen perlindungan terurai daripada partikel air dalam jangka masa lama. Malah, titik didih tinggi 190°C pada coolant bukan air berbanding 106°C dalam coolant konvensional jenis etilena glikol, mampu menghalang bendalir penyejuk itu berterusan mendidih dan menjana stim.

Kakisan (corrosion) pula adalah proses dalam sistem penyejukan yang sukar dikawal. Sesetengah pencemaran dalam kakisan sangat sukar dibuang sepenuhnya walaupun selepas melakukan proses pengosongan atau flushing menyeluruh. Jadi, perkara terbaik boleh dilakukan adalah cuba mengelak memulakan proses kakisan dengan hanya menggunakan produk sah yang disarankan pengeluar.

See also  Hebahan Awam Covid-19 Melaka

KERETA LAMA VS KERETA BARU

Pelanggan perlu mengambil peduli tentang jadual penyenggaran coolant enjin. Sesetengah pengeluar, Toyota sebagai contoh, melakukan perubahan ke atas jenis coolant yang digunakan dalam kenderaan mereka. Asalnya, coolant adalah dalam bentuk tulen dan pekat, serta perlu dicairkan dengan air dalam nisbah tertentu (60 peratus coolant dan 40 peratus air) supaya dapat bekerja dengan cekap.

Selepas 2004, Toyota mula mengubah tempoh jangka hayat coolant daripada 50,000km kepada 160,000km. Coolant tersebut tidak perlu dicampurkan dengan air, malah dapat membantu mengesan kebocoran dalam sistem penyejukan dengan lebih baik.

Bagi memastikan coolant enjin bekerja secara optimum, jangan biarkan bendalir itu pada takat minimum seperti tertera pada tangki pengembangan (expansion tank). Ini penting supaya sistem penyejukan dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Lain-lain syarikat seperti Audi dan Mercedes mempunyai jadual penyenggaraan coolant yang lebih singkat bagi kenderaan baharu mereka. Contohnya, Audi menetapkan tempoh 29,000km, manakala Mercedes lebih singkat, 16,000km bagi kebanyakan barisan model petrol.

TANGGUNGJAWAB PEMILIK


Pemilik patut memberikan perhatian kepada arahan manual bagi coolant enjin yang dipilih. Setiap jenis coolant memiliki peraturan tertentu dan sedikit kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan bendalir itu tidak berfungsi dengan cekap seperti diharapkan.

See also  20 kes Baru Covid19 14-8-2020

Pemilik wajib mematuhi spesifikasi ditetapkan pengeluar jika mahu menambah coolant enjin. Pengeluar kereta sebenarnya sudah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pengeluar bendalir tentang tetapan nisbah dan paras coolant yang diperlukan produk mereka. Semua itu ditentukan berasaskan prestasi enjin dan standard penggunaan bahan api sesebuah kenderaan. Ingat, setiap model dan jenama adalah tidak sama penggunaan coolant walaupun berada dalam segmen sama.

 

Tahukah anda, penggunaan bahan api boleh terjejas jika anda mengambil sambil lewa sahaja tentang prosedur menambah coolant enjin? Apatah lagi apabila tiba masa sistem coolant itu perlu dikosongkan, tetapi tidak dipedulikan.

Kesimpulannya, bukan sukar pun mahu menyenggara coolant enjin. Anda cuma perlu mematuhi arahan pengeluar dari segi jenis dan bilakah perlu menambah coolant. Ini termasuk memahami dengan jelas apakah fungsi coolant dalam memastikan enjin dapat beroperasi sempurna.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Coolent Penting untuk Enjin Kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155676
Users Today : 466
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24071
Users Last 30 days : 79500
Users This Month : 49401
Users This Year : 155675
Total Users : 155676
Views Today : 762
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36274
Views Last 30 days : 122316
Views This Month : 75593
Views This Year : 237983
Total views : 237984
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares