Mengapa Manusia tersedu

Gejala biasa dihadapi manusia, ada kaitan dengan saluran pernafasan

Sedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lalu menjelaskan sedu tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Pengkaji yang diketuai Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris menjelaskan tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan ketika menyusu seperti tersedu membantu mengelak susu memasuki paru-paru.

Mengapa tersedu?

Walaupun sehingga kini sebab kepada kejadian sedu ini masih belum diketahui, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup.

Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.

Punca sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam.
  • Tenangkan minda
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Mengapa Manusia tersedu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares