TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?


SEMUA pemilik mahu tengok motosikal mereka sentiasa bersih. Caranya, motosikal hendaklah kerap dicuci, terutama selepas hujan. Tetapi dek kekangan waktu, jarang pemilik berikan perhatian khusus dalam pemilihan masa yang sesuai untuk mencuci motosikal mereka.

Selalunya, selepas melakukan perjalanan jauh, pemilik terus saja singgah ke kedai cuci. Tahukah anda, motosikal anda akan terus dicuci sedangkan enjin masih dalam keadaan panas, dan ini tidak elok untuk ketahanan komponen enjin. Anda sepatutnya menghentikan amalan ini kerana berisiko menjejaskan motosikal.

Logiknya, bahagian logam komponen motor yang masih panas apabila terkena air sejuk ketika dicuci akan mengalami dua situasi saling bertentangan. Pertama, apabila besi panas terkena air sejuk, suhu akan berubah mendadak dan jika dilakukan berterusan dalam jangka masa panjang boleh memberikan kesan negatif.

Antara risikonya ialah blok motosikal boleh retak dan kesan lain yang mungkin berlaku ialah leher paip ekzos dengan lapisan krom boleh berubah warna menjadi kekuningan. Jadi anda disarankan biarkan dulu motosikal berehat dalam 5-10 minit sebelum dicuci.

Masa yang tidak lama ini sudah cukup membuatkan keadaan enjin dan komponen berehat sekejap sebelum dicurahkan air. Ini secara langsung dapat menghindari risiko kerosakan dan pada masa sama menjaga komponen motosikal supaya tahan lebih lama.

Sumber: PanduLaju 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares