DBKL telah sita , warga asing tetap ceroboh.
Lokasi iaitu sebelah kanan tol keluar kompleks pasar borong KL..
Kedai yang dibuat lot lot..Tauke Bangla jual ikan..Macam biasa dikaunter letak sorang pompuan melayu..Kemudian pekerja semua warga asing..
Kedai yang aku pernah beritahu sebelum ni yang diserbu DBKL selepas pendedahan dibuat..Esoknya dah beroperasi balik..Korang boleh tengok digambar tu..plaster kuning arahan DBKL  untuk tutup dan sita dipintu masuk kedai telah diputuskan dan dibuka. 
Masuk dalam kedai penuh dengan  orang. Walau pun diluar hanya satu pintu sahaja dibuka(mengaburi mata DBKL kot tapi kita orang tempatan boleh nampak penipuan yg dibuat.Mungkin DBKL terlepas pandang)
PATI/WARGA ASING BERNIAGA langgar peraturan negara MALAYSIA 
Selain dari itu,mereka buat ikut kepala mereka sahaja. Antara kesalahan utama yang mereka lakukan: 
1.Boleh tengok kesalahan yang dibuat iaitu mana boleh ubah suai kedai kemudian pecahkan berbentuk lot lot untuk disewa tanpa kebenaran PBT..
2. jika dipantau memang kita tahu tauke sebenar adalah warga asing. Undang undang mana membolehkan Warga asing berniaga do Malaysia.
3. Tiada patuhan SOP MKN. Tiada buku daftar yang mencatatkan siapa pembeli, Tiada penjarakkan sosial dalam kedai..tiada suhu pelanggan..Kalau ada kena positif jangkitan covid-19 pakat payah la nak cari diorang contact rapat ni dengan segera..
Ni gambar terkini dan bukan ambik dari google ya..Sebab senang ada gambar sebagai bukti..Kalau tak ada gambar nanti dikatakan mengada-adakan cerita pulak..
Pabila makcik cleaner pasar borong membawang..
Ok Bye..Syoknya jadi pembaris..
#senyum
Kiriman Rasyirul FB
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " DBKL telah sita , warga asing tetap ceroboh. " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

2 thoughts on “DBKL telah sita , warga asing tetap ceroboh.”

Comments are closed.

0Shares