Tan Sri Fumihiko Konishi, warga Jepun yang berasal dari wilayah Ishikawa merupakan pengasas kepada ubat nyamuk jenama Fumakilla dan juga kedai makan sushi popular, Sushi King.
Konishi yang pada masa itu melihat nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk adalah satu ancaman di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk mengimport ubat nyamuk dari Jepun dan memasarkannya ke Malaysia di bawah jenama Fumakilla.
Permintaan di luar jangkaan. Jenama Fumakilla terus maju dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Beliau terus berusaha keras dan kini merupakan Direktor untuk syarikat Fumakilla Malaysia Bhd dan Texchem-Pack (M) Bhd dan juga Chairman kepada syarikat Texchem Resources Bhd.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Ubat nyamuk Fumakilla dan SushiKing diasaskan oleh orang Jepun di Malaysia? " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.