TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

Kuala Lumpur, 30 Jun 2020 (Selasa)- DBKL hari ini terus mempergiatkan lagi tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Dengan kekuatan 8 anggota, tindakan telah dilaksanakan terhadap 2 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

Tindakan pertama adalah terhadap premis gunting rambut di No 2, Jalan Puchong, Batu 5 1/2, Petaling Bahagia 58200 Kuala Lumpur.

Semakan dan pemantauan mendapati premis gunting rambut tersebut tidak mempunyai apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan seperti lesen perniagaan dan daftar syarikat(SSM).

Premis tersebut juga dikendalikan oleh warga asing (Pakistan) yang berlainan sektor seperti mana yang tercatat di dalam pasport.

Tapak perniagaan tersebut didirikan di atas tanah BAZAR WAKAF RAKYAT (MAIWP).

Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun di bawah kesalahan UUK 3(1)Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL)2016.

Tindakan menutup premis serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 juga telah dilaksanakan.

Tindakan kedua pula terhadap premis barangan runcit di No 29, Kampung Petaling Bahagia, Batu 5 1/2 Jalan Puchong 58200 Kuala Lumpur.

Semakan dan pemantauan mendapati premis barangan runcit tersebut mempunyai lesen daripada pihak DBKL namun dikendalikan oleh warga asing (INDONESIA) yang telah tamat tempoh perjalanan yang tertera di dalam visa pada 1 Januari 2020.

DBKL telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun di bawah kesalahan UUK 20(1)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL)2016.

Tindakan menutup premis serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 juga dilaksanakan.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai warga asing menjalankan aktiviti perniagaan/penjajaan, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

SayangiKualaLumpur

welovekualalumpur

kualalumpurkitapunya

klwbc2020

wilayahcakna

stayathome

(Visited 61 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " TINDAKAN DBKL keatas Kedai Gunting PATI Warga Pakistan dan Kedai Runcit Berlesen guna pekerja PATI Indonesia
" di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

One thought on “TINDAKAN DBKL keatas Kedai Gunting PATI Warga Pakistan dan Kedai Runcit Berlesen guna pekerja PATI Indonesia<br>”
  1. Syabas DBKL… SAYA PUN SEDAR BAHAWA ADA BANYAK LAGI KEDAI2 RUNCIT PELBAGAI MACAM YG DIMILIKI OLEH WARGA ASING DI KAMPONG SUNGAI PENCHALA K. L.
    SAYA BERHARAP PIHAK DBKL AKAN AMBIL. TINDAKKAN SEGERA TERHADAP MEREKA2 YG TELAH BERIAGA, SECARA HARAM DI NEGARA KITA INI…

Comments are closed.

0Shares