7 maut, berpuluh-puluh cedera lori tangki meletup

BOGOTA: Sekurang-kurang tujuh maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila muatan dibawa sebuah lori tangki yang terbalik, meletup di utara Colombia, kata polis, semalam.
Menurut polis, berpuluh-puluh orang mengerumuni lori tangki itu selepas ia terbalik dan sedang cuba menyedut muatan minyak dibawanya ketika api tercetus sehingga menyebabkan kebakaran dahsyat berlaku.
“Kami percaya sekurang-kurang tujuh orang mati terbakar dalam insiden tragik ini,” kata Datuk Bandar Pueblo Viejo, Fabian Ospino, dalam satu rakaman video yang disiarkan melalui media sosial.
Polis kemudian mengesahkan letupan itu telah meragut tujuh nyawa dan mencederakan 49 mangsa lain.
Kemalangan itu berlaku di jalan raya antara bandar Barranquilla dengan Santa Marta di pantai Caribbean.
“Ada mangsa melecur lebih 90 peratus daripada badan mereka,” kata Gabenor Jabatan Magdalena, Carlos Caicedo.
Caicedo berkata, pihaknya bekerjasama dengan pasukan tentera udara bagi membantu menerbangkan mangsa ke bandar lain yang memiliki wad rawatan untuk mangsa kebakaran berikutan Magdalena tiada kemudahan berkenaan. – AFP
?????? ??????✍️
Selasa, 7 Julai 2020 @ 5:50pm
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/07/708349/7-maut-berpuluh-puluh-cedera-lori-tangki-meletup
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 7 maut, berpuluh-puluh cedera lori tangki meletup " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.