Briged Infantri Pertama Malaya ditubuhkan di Singapura sebelum Perang Dunia II untuk membantu Markas Pemerintahan Malaya (Malaya Command) dalam pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.

Infantri ialah pasukan tempur tentera darat yang berperang dengan berjalan kaki. Mereka seringkali membentuk tulang belakang sesebuah angkatan tentera

Briged ini ditubuhkan pada 3 September 1939 dan diberikan gelaran Briged Infantri Malaya.

Pada 14 September 1940, briged ini ditukarkan nama kepada Briged Infantri Pertama Malaya kerana pemerintah tentera British merancang untuk menubuhkan lebih banyak batalion Rejimen Askar Melayu dan askar sukarelawan tempatan untuk membantu dalam pertahanan Tanah Melayu semasa serangan Jepun.

Brigedier Jeneral MD Gambier-Parry menjadi pegawai pemerintah dari 3 September 1939 sehingga 1 September 1940.

Selepas itu, Briged ini diletakkan di bawah pemerintahan Brigedier Jeneral G. Williams, pegawai daripada Tentera British.

Brigedier Jeneral G. Williams sebelum ini baru dinaikkan pangkat kepada Brigedier Jeneral untuk mengambil alih pemerintahan Briged Infantri Singapura.

Pada 22 Februari 1941, Batalion ke-2 Rejimen East Surrey digantikan oleh Batalion 2nd/17th Rejimen Dogra dan Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu.

Juga diletakkan di bawah pemerintahan briged ini adalah 3 pasukan sukarelawan (pasukan ini kemudiannya dipecahkan dari Briged Infantri Pertama Malaya dan ditubuhkan sebagai satu briged berasingan).

Briged Infantri Pertama Malaya dipertanggungjawabkan dengan pertahanan pantai Tanah Melayu di kawasan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada 3 Februari, 1941, garison Singapura disusun semula dan bilangan anggota yang ditugaskan mengawal pantai dikurangkan.

Sebaliknya Briged Infantri Pertama Malaya dijadikan pasukan simpanan untuk Markas Pemerintahan Malaya (Malaya Command).

Untuk ini, Briged Infantri Pertama Malaya diberikan persenjataan dan alat pengangkutan tambahan bersama-sama pasukan logistik dan pasukan perubatan.

Pada bulan April 1941, Briged Infantri Pertama Malaya dihantar ke Johor untuk membantu Briged ke-12 Tentera India yang bertahan di Jemaluang.

Semasa peperangan Penaklukan Tanah Melayu oleh Tentera Jepun, Briged Infantri Pertama Malaya terdiri daripada 2 batalion pasukan Rejimen Askar Melayu dan satu batalion British (Batalion Ke-2 Loyal Regiment) dan dua kompeni bantuan.

Briged ini mencatat nama semasa pertahanan Singapura sebelum kejatuhan Singapura kepada Tentera Jepun selepas tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa maksud Briged Infantri Pertama Malaya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares