Siapa kata Komunis tak pernah perintah Tanah Melayu, Komunis berpeluang memerintah Tanah Melayu selama 14 hari, dua minggu, ada beberapa fakta penting yang perlu diketahui semasa permerintahan Komunis.

Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British

Selepas Jepun menyerah kalah Perang Dunia ke2 berlakulah kekosongan dalam sistem pemerintahan Tanah Melayu ketika itu untuk tempoh selama 14 hari.

Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil peluang tempoh kekosongan kuasa dengan menguasai Tanah Melayu melalui gerakan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) selama 14 hari. MPAJA juga dikenali sebagai tentera Bintang Tiga.

PKM menguasai kawasan bandar, balai polis dan pejabat kerajaan.

PKM melaksanakan hukuman bunuh keatas sesiapa yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.

Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan oleh PKM.

Menculik dan menyeksa orang Melayu dan Cina yang disyaki bersubahat dengan Jepun.

Menghukum (tanpa perbicaraan) orang Cina yang tidak mahu berkerjasama dengan mereka.

Merampas dan merompak harta benda orang-orang kampung

Di Batu Pahat, PKM membunuh seorang Penghulu Melayu kerana disyaki bersubahat dengan Jepun.

Seorang Pegawai Daerah berbangsa Melayu yang cuba berunding dengan PKM dibunuh.

Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.

Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah orang Melayu dibakar

Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina.

Orang Melayu bersatu dan bangun menentang PKM.

Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga untuk menyerang orang Cina yang jadi tali barut Komunis di Bandar Batu Pahat.

Dato’ Onn Ja’afar ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.

Dan akhirnya ketegangan dan huru hara selama 14 hari pemerintahan Komunis itu berjaya di atasi apabila pihak British kembali ke Tanah Melayu dan memperkenalkan pemerintahan BMA (British Military Administration) pada bulan september 1945.

PKM kemudian beralih arah ke hutan sebagai pusat operasi mereka untuk merampas kembali pemerintahan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 14 hari Tanah Melayu dibawah pemerintahan Komunis Ogos 1945 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares