ANTARA kisah zaman pendudukan Jepun yang menjadi kenangan kepada penduduk kampung melayu di tanah melayu semasa perang dunia kedua adalah basikal mereka biasanya daripada jenama raleigh akan dirampas oleh askar negara matahari terbit itu.

Sebagai ganti tentera jepun akan meninggalkan sebuah basikal yang telah rosak.

Jepun memilih basikal kerana mudah untuk melalui denai-denai yang terdapat di pelusuk kampung memandangkan jalan bertar belum ada di kawasan-kawasan pedalaman.

Basikal memberikan kelebihan untuk tentera jepun bergerak dengan lebih pantas berbanding kenderaan berperisai.

Satu kelemahan pada basikal tayarnya mudah bocor bila digunakan terlalu lasak.

Tentera jepun terpaksa mengayuh dengan hanya rim besi saja jika tayar basikal mula bocor.

Untuk mengatasi masalah ini pihak jepun mula membawa masuk basikal yang di hasilkan di jepun dan di sesuaikan untuk kegunaan ketenteraan.

Hanya tentera elit jepun sahaja di bekalkan basikal yang di bawa khas dari jepun ini.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Basikal Khas Tentera Elit Jepun Perang Dunia Ke 2 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares