Kejadian pesawat MH370 hilang tanpa dapat dikesan bukan isu baru, kerana pada tahun 1983 sebuah pesawat persendirian berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Subang hilang dari radar sebaik berlepas. Ikuti kisah berikut untuk mengetahui cerita penuh.

Inilah Kisah Sebenar Mengapa Coklat Kandos Sudah Tiada Di Pasaran, Apabila Pemiliknya Philip Upali Wijewardene hilang bersama dengan pesawat yang dinaiki.
Mayat tokoh yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Koko’ atau jutawan Mr Kandos itu bersama empat rakan termasuk juruterbang, tidak ditemui sehingga kini.
Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Februari 1983, pesawat peribadinya, Jet Lear LR35 hilang dari radar ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Subang menuju ke Colombo, Sri Lanka.
Pesawat yang turut membawa rakyat Malaysia, S M Ratnam berlepas dari Subang kira-kira jam 8.40 malam dan dijangka tiba di Sri Lanka pada jam 12.11 pagi. Bagaimanapun, kira-kira 10 minit berlepas, pesawat dilaporkan hilang daripada radar pada kedudukan 100 kilometer nautika dari Subang.
Berikutan kehilangan pesawat itu, Malaysia, Indonesia, India dan Sri Lanka segera menubuhkan pasukan khas menjalankan operasi mencari di lokasi kejadian.
Malah, Singapura, Amerika Syarikat dan Russia turut menyertai pasukan itu bagi mengesan setiap inci Selat Melaka termasuk menggunakan kapal pengesan periuk api (logam), namun masih gagal menemui pesawat yang dipercayai terhempas di perairan itu.
Usaha mencari mangsa di sekitar Selat Melaka dihentikan setahun kemudian kerana tiada bukti atau penemuan baru ditemui untuk dijadikan petunjuk menyebabkan pasukan mencari menemui jalan buntu.
Sehingga kini, kehilangan Upali sering diperkatakan masyarakat Sri Lanka, malah peristiwa itu dimuatkan dalam laman web akhbar miliknya, The Island kerana beliau dianggap lagenda di negaranya kerana bercita-cita besar dan berjaya dalam perniagaan sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Episod-1 Kisah 1983 Kapal Terbang Hilang dari Radar " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.