Bukan kes culik bayi, tapi berebut anak angkat

Melaka: 5/11/2020 Polis mengesahkan penularan satu klip video kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, sejak hari ini adalah berpunca daripada masalah keluarga.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan, sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.

See also  CCTV ✓✓Pekerja kilang Bangladesh kuarantin merusuh

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Menerusi video berdurasi 42 saat yang tular itu, kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan ibunya sendiri berusia 17 tahun dan bukannya diculik.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan.

See also  COVID19: PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal.

Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua-dua mereka dikatakan saling mengenali.

???????????????????????? ????????????????????
Artikel ini disiarkan pada:
Khamis, 5 November 2020 @ 10:14 PM

See also  Hebahan Awam Covid-19 Melaka

Video: Media Sosial#Update????????

0️⃣5️⃣3️⃣ BETA BERSAMA RAKYAT
https://chat.whatsapp.com/HgrSNNHuXeS2oTdkA7D8gM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bukan kes culik bayi, tapi berebut anak angkat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145981
Users Today : 2430
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21287
Users Last 30 days : 77379
Users This Month : 39706
Users This Year : 145980
Total Users : 145981
Views Today : 3339
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32396
Views Last 30 days : 118612
Views This Month : 60526
Views This Year : 222916
Total views : 222917
Who's Online : 56
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares