????️ Polis siasat video wanita didera

LUMUT – Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan terhadap kejadian wanita didera dalam satu rakaman klip video yang tular di media sosial kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video berdurasi dua minit dan enam saat itu kelihatan seorang wanita dipukul di bahagian badan dan mukanya ditampar selain tapak kakinya dicucuh dengan colok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mengesyaki kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Taman Mas, Kampung Koh, Sitiawan di sini.

“Berikutan daripada insiden tersebut, siasatan dijalankan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki di Kuantan, Pahang.

See also  Video@Wanita persenda sambil melawak cacat salah guna tandas OKU

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.

Menurutnya, individu yang sedang dikesan bagi membantu siasatan ialah seorang lelaki, Lau Kah Wai, 22, yang beralamat di Simpang Empat Jalan Bagan Datuk, Taman Melintang Ria, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

See also  PECAHAN KES BAHARU (710) mengikut negeri 23-10-2020

“Seorang lagi ialah wanita bernama Cheah Zi Ying, 19, beralamat di Sungai Garden, Jalan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

“Polis telah melawat di tempat kejadian itu tetapi rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Berdasarkan keterangan jiran, kedua-dua mereka tinggal di rumah tersebut tetapi tidak pulang ke situ sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Nor Omar berkata, polis masih menyiasat punca kejadian, identiti mangsa serta hubungan antara ketiga-tiga mereka.

Polis meminta kedua-dua mereka tampil ke IPD Manjung atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kedua-dua individu itu diminta menghubungi Inspektor Muhammad Sollehuddin Rahmat di talian 013-7908995.

See also  Luahan Rindu Buat Keluarga, 'Frontliner' Tulis Nota Cinta Di Sut PPE

Oleh: NOOR AINON MOHAMED
Video/gambar: Polis/media sosial

#BeritaHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ????️ Polis siasat video wanita didera " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1112
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35525
Views Last 30 days : 121462
Views This Month : 77663
Views This Year : 240053
Total views : 240054
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares