MyMetroMutakhir
Saipul Adli Mohamad dan Raja Noraina Raja Rahim dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang wanita yang pulang ke kampung halaman di Kelantan positif Covid-19 bersama empat ahli keluarganya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini seramai 127 individu sudah disaring termasuk kenalan, ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit.
“Sebab itu kita tekankan kalau boleh elakkan merentas negeri dan daerah, jangan kita bawa penyakit ini pulang ke kampung.
“Kita minta mereka di zon merah supaya kekal di kawasan masing-masing, jangan balik kampung kerana ada risiko kita bawa balik jangkitan terutama kepada golongan berisiko,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang jururawat hospital swasta dari Selangor yang pulang ke kampung halaman dipercayai menyumbang empat jangkitan baharu Covid-19 di Kelantan.
Individu yang positif termasuk seorang bayi perempuan berusia 22 hari yang juga anak saudaranya, selain nenek berumur 75 tahun, ibu dan adik.
Difahamkan, jururawat itu pulang bersama seorang rakan pada Oktober lalu sebelum kembali ke Selangor dan disahkan positif Covid-19.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 7:35 PM
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan bawa Covid-19 balik kampung " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.