LUMUT 7/11/2020 – Tindakan seorang wanita menggunakan wang pasangan suami isteri tanpa kebenaran dikatakan menjadi punca dia didera seperti dalam video kejadian yang tular dalam media sosial sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berusia 25 tahun itu datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 2.47 petang semalam.
“Difahamkan mangsa diminta oleh pasangan suami isteri tersebut membeli barang dan baki wang pembelian itu digunakan oleh mangsa bagi membeli keperluan dirinya tanpa meminta izin terlebih dulu.
“Berang dengan tindakan mangsa, pasangan suami isteri berusia 22 dan 19 tahun itu memukul dan menendang tubuh, menampar muka serta mencucuh tapak kaki wanita itu dengan colok,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Walaupun video tersebut baru tular pada Rabu lalu, mangsa memberitahu kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah rumah di Hutan Melintang, Bagan Datuk, pada April lalu.
“Mangsa melarikan diri dari rumah pada 2018 dan tinggal bersama pasangan itu dan lelaki berkenaan adalah sepupunya.
“Bagaimanapun, selepas kejadian itu, mangsa tidak lagi tinggal bersama pasangan itu sebaliknya duduk berasingan dan bekerja di sebuah kedai makan di Sitiawan,” tambahnya.
Nor Omar berkata, mangsa juga sudah terputus hubungan dengan mereka dan tidak tahu di mana pasangan itu berada sekarang.
Tambahnya, siasatan lanjut kes itu akan dilakukan oleh IPD Hilir Perak berikutan keterangan mangsa mengatakan kejadian itu berlaku di Hutan Melintang.
Media melaporkan polis sedang mengesan dua individu yang didakwa melakukan penderaan terhadap seorang wanita selepas rakaman video kejadian itu tular dalam media sosial sejak Rabu lalu. – K! ONLINE
????️ Polis siasat video wanita didera
https://alhadi.my/2020/11/07/????️-polis-siasat-video-wanita-didera/
Oleh: Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Gambar: Media sosial
#Kosmo
#infosemasa
#kongsiinfo✍️
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " ????️ Guna duit tanpa izin punca wanita didera pasangan suami isteri " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.