GENG AH LONG KEJAM TUMPAS

KEPALA BATAS: 9/11/2020:

Menyerang, mengurung dan memukul peminjam yang gagal melunaskan hutang di sebuah rumah dan mengugut ahli keluarga membuat bayaran jika mahu mangsa dilepaskan.

Itu tindakan yang dilakukan lima ahli sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang beroperasi sejak setahun lalu terhadap peminjam yang culas membayar hutang pada masa ditetapkan.

Bagaimanapun, perbuatan kelima-lima lelaki berusia 23 hingga 37 tahun itu berakhir apabila polis melancarkan Op Cantas Vulture dengan menyerbu sebuah rumah yang dijadikan premis operasi sindiket terbabit di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata serbuan dijalankan selepas polis menerima satu laporan seorang peminjam berada bersama sindiket berkenaan berikutan dia gagal membayar hutangnya.

See also  [Video]Polis cari lelaki rakam video 'kenduri kepala kambing'

“Laporan polis itu dibuat oleh abang peminjam terbabit selepas dia menerima panggilan telefon jam 3 petang Jumaat lalu daripada seorang Ah Long menyatakan adiknya berada bersama mereka kerana berhutang sebanyak RM3,000.

“Sindiket itu meminta abang peminjam membayar RM1,500 selepas diberikan diskaun, namun Ah Long menghubungi semula dan meminta peminjam bercakap sendiri dengan abangnya supaya membuat bayaran atau peminjam akan dibunuh.

See also  PEPIJAT MUSUH BILIK TIDUR ANDA

“Abang peminjam kemudian menerima SMS supaya membuat pembayaran RM2,000 secepat mungkin dan hutang akan dianggap selesai, namun disebabkan rasa takut serta curiga abang peminjam terus datang membuat laporan polis,” katanya pada sidang media hari ini.

Polis berjaya menjejaki keberadaan sindiket terbabit melalui maklumat yang diperoleh lalu membuat tangkapan serta menyelamatkan peminjam yang berada bersama mereka.

“Ketika serbuan didapati tangan peminjam diikat dan dia dikurung di sebuah bilik dalam rumah yang dijadikan pusat operasi sindiket terbabit.

“Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai barang dan senjata tajam yang digunakan sindiket dalam memeras ugut mangsa mereka antaranya beberapa jenis pisau, pedang serta tali untuk mengikat mangsa.

See also  'Datuk Seri' ugut memporak-perandakan polis - Ayob Khan

“Selain itu, beberapa buah telefon bimbit dan kad juruwang automatik (ATM) turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya. – BH

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " GENG AH LONG KEJAM TUMPAS " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149947
Users Today : 1554
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22449
Users Last 30 days : 79669
Users This Month : 43672
Users This Year : 149946
Total Users : 149947
Views Today : 2151
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33816
Views Last 30 days : 121976
Views This Month : 66567
Views This Year : 228957
Total views : 228958
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares