Setelah sekian lama memendam rasa kerana memahami Penyakit kakak lebih memerlukan duit wanita muda ini dgn rela hati menanguhkan Pengajian dan kini gigih mengejar trip Grabfood semata-mata untuk membiayai kos pengajian yang perlu diperolehi selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Bermula dengan satu paparan di laman Facebook yang telah kami siarkan semalam memaparkan sekeping poster yang ditampal di beg Grabfood berbunyi “help me I work to pay my medical schools tuition fees” Admin Rizal Adam bersama dengan Admin Ehailing Media Network menjejaki Cik Syafiqah bt Abd Rahim (26) di Taman Sri Nanding petang tadi untuk mengetahui sejauh mana hasrat gadis ini dalam mencapai cita-citanya sebagai seorang doktor.
Ehailing MEDIA Network bersama EhailingFm bergegas kelokasi baru beliau bila beliau kata tak dapat ke lokasi yg dijanjikan awal kerana hujan lebat menghalang niat berjumpa.
Memulakan bicara beliau memohon maaf jika caranya mengundang salah faham di kalangan mereka yang tidak mengetahui kenapa beliau bertindak begitu .
Bekas penuntut sebuat IPTS (2017) sebelum belajar di sebuah IPTA di Kelantan itu pernah ditawarkan sambung belajar di Australia bagaimanapun masalah keluarga menghalang hasratnya ke arah itu.
Berita baik yang beliau terima ialah mendapat tawaran belajar di sebuah universiti di Rusia. Setelah gagal di Australia beliau amat khuatir jika tawaran ini juga gagal untuknya menyertai.
Anak bongsu kepada 5 orang adik beradik ini tinggal bersama kedua-dua ibubapa warga emas menyatakan telah berjaya mengumpul RM10k dengan usaha beliau dan ibubapanya tetapi masih memerlukan sekitar RM70k lagi yang perlu beliau usahakan sebelum akhir tahun ini sebagai kos tahun pertama.
Ditanya apakah beliau pernah memohon dengan mana-mana institusi kerajaan mahupun swasta .. katanya pernah memohon dengan Baitulmal Wilayah Persetujuan. Manakala pihak MARA pula hanya boleh mempertimbangkan permohonannya untuk tahun ke 2 dan seterusnya.
Usaha beliau selaku petugas Grabfood bermula pukul 11:00 pagi hingga lewat malam setiap hari tanpa menghiraukan letih adalah semata-mata mengejar impian menjadi seorang doktor menjadi kenyataan.
Apabila ditanya tentang keyakinan beliau samada mampu untuk mendapatkan RM70k sehingga akhir tahun ini beliau dengan wajah sedikit sugul dan hanya mampu berdoa serta terus berusaha semampunya walaupun menyedari kutipan gaji selaku penghantar Grabfood semakin menyusut dengan mendadak ketika ini.
Ketika ditanya apakah bentuk bantuan yang diperlukan olehnya. Beliau menjawab sudah pastilah bantuan kewangan biarpun dalam bentuk pinjaman. Sambil itu beliau juga mengharapkan agar ada insan yang boleh tampil membantunya.
Sambil itu dengan penuh harapan beliau merayu kepada sesiapa sahaja yang sudi untuk membantunya dengan menghubungi beliau di no talian telefon 017-9521679
(Beliau tiada facebook)
Kepada insan yang sudi menderma bolehlah disalurkan ke no akaun seperti di bawah:-
Bank:. Maybank
No akaun : 164137520391
Nama: Syafiqah bt Abdul Rahim
Sepotong doa juga dipohon agar usahanya berjaya dipohon dari semua sahabat eHailingFm semua.
#EhailingMEDIANetwork
#ehailing #bantuankewangan #phailing #baitulmal #mara #prihatin #syafiqah
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kumpul duit kerja GrabFood untuk tampung kos belajar kedoktoran " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.