Permatang Pauh 8/11/2020: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dikhuatiri dilarikan dari rumah di Taman Pauh Indah Permatang Pauh.
Pihak bapa remaja memaklumkan bahawa anaknya ada membuat panggilan telefon dan memberi tahu dia dicolek oleh orang menaiki sebuah kereta hitam.
Anaknya memaklumkan sedang berada di dalam negeri Kedah tetapi tidak mengetahui lokasi sebenar.
Susulan itu pihak bapa telah membuat laporan polis dan merayu orang ramai yang melihat anaknya supaya dapat menghubungi beliau di Tel 017-4623050.
Remaja ini berpakaian baju dan seluar trek berwarna hitam.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja hilang dari rumah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.