Wanita kena kuarantin keluar rumah

Melaka: Tindakan seorang wanita yang memakai gelang tangan merah jambu mengunjungi sebuah pasar raya di bandar raya Melaka, di sini, semalam menggemparkan orang ramai.

Wanita berusia 33 tahun itu yang sepatutnya menjalani kuarantin di rumah sehingga Khamis ini didapati melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan keluar bersama saudara lelakinya untuk membeli-belah barangan keperluan sambutan Deepavali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, wanita yang juga pekerja sebuah kilang di Batu Berendam menyorokkan gelang merah jambu yang dipakai di tangan kanannya bagi mengelakkan status kesihatannya diketahui.

See also  Usah takut rezeki terputus akibat Covid-19, ketahui 10 tip dapat ganjaran Allah ketika turunnya musibah

Bagaimanapun, katanya, gerak-geri wanita itu disedari beberapa orang awam sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan.

“Pengawal keselamatan itu mengarahkan wanita terbabit keluar dari premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat pegawal keselamatan sebelum menghubungi Balai Polis Batu Berendam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


“Sementara menunggu ketibaan polis, pengawal keselamatan itu menyoal siasat wanita terbabit dan mendapati dia datang ke pasar raya berkenaan bersama seorang saudara lelakinya sebelum dia diarah memanggil saudaranya itu,” katanya.

See also  CCTV ✓✓Pekerja kilang Bangladesh kuarantin merusuh

Afzanizar berkata, setibanya polis di lokasi kejadian, wanita berkenaan bersama lelaki itu diarah pulang ke rumah untuk menyambung kuarantin sambil diiringi kereta peronda polis bagi memastikan mereka sampai ke rumah.

Katanya, siasatan mendapati wanita itu adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.

“Tiada tangkapan dibuat, bagaimanapun wanita itu sudah dimaklumkan untuk menyerah diri ke balai polis selepas tamat tempoh kuarantin serta menunjukkan keputusan ujian Covid-19 ke atasnya negatif.

“Siasatan ke atas wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

See also  Wanita parah motosikal langgar lampu isyarat merah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 5:40 PM
Amir Mamat
am@hmetro.com.my

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita kena kuarantin keluar rumah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156758
Users Today : 599
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23413
Users Last 30 days : 78844
Users This Month : 50483
Users This Year : 156757
Total Users : 156758
Views Today : 1097
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35510
Views Last 30 days : 121447
Views This Month : 77648
Views This Year : 240038
Total views : 240039
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares