Penoreh getah maut dihentak anak saudara

GERIK – Seorang penoreh getah maut selepas kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan batu bata oleh anak saudaranya dalam satu pergaduhan di Kampung Plang Mukim Kerunai di sini hari ini.

Pergaduhan sekitar jam 12 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan lama antara mangsa, Halim Bahari, 61, dan suspek lelaki berusia 30 tahun.

See also  Video Kisah Burung Isi Batu untuk dapat air bukan mitos

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kejadian itu berlaku di luar rumah mangsa di mana suspek yang berang telah bertindak menumbuk dan menghentak kepala mangsa sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kisah lama pergaduhan antara suspek dan mangsa.

“Suspek yang juga penganggur berjaya ditangkap mengaku ada berlaku pergaduhan dengan mangsa dan telah menghentak kepala mangsa menggunakan batu bata,” katanya.

See also  {DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

Menurutnya, polis telah menemui dan merampas objek yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – Sinar Harian

See also  Wanita kena kuarantin keluar rumah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penoreh getah maut dihentak anak saudara " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156046
Users Today : 836
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24441
Users Last 30 days : 79870
Users This Month : 49771
Users This Year : 156045
Total Users : 156046
Views Today : 1447
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36959
Views Last 30 days : 123001
Views This Month : 76278
Views This Year : 238668
Total views : 238669
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares