Rezeki bertambah selepas bantu kerja kebajikan

Akui frust berjualan di zon merah, peniaga nasi lemak tak jangka ‘pelanggan bertambah’ selepas bantu kerja kebajikan – “Jangan berhenti walau kecewa” – Viral

WALAUPUN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi, namun bisnes di kawasan zon merah Covid-19 sedikit sebanyak terjejas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Begitulah yang dialami oleh seorang peniaga nasi lemak di Seremban, Negeri Sembilan sejak PKPB dikuat kuasakan pada 5 November lalu.

“Aku sekarang koyak giler niaga. Sejak PKPB ni jualan makin merosot. Kadang-kadang niaga dapat balik modal je, kadang-kadang tu kena top up modal lagi adalah.

“Tapi aku cuba untuk meneruskan selagi masih boleh pertahankan modal yang ada sikit ni. Walau macam mana dugaan, aku tetap bersyukur masih boleh makan,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 7,000 kali.

Sebelum wabak Covid-19, gerai Heldi dikunjungi ramai pelanggan.

Peniaga berkenaan, Heldi Mohammad berkata, ciapannya itu sekadar luahan rasa hati di laman sosial berdasarkan situasi semasa dan tidak menyangka ia menjadi tular.

See also  Harapkan Pagar, pagar sendiri makan padi-18 PENGUATKUASA DITAHAN SELUDUP PATI

Namun, pemuda berusia 34 tahun itu mendedahkan sejak Seremban menjadi zon merah dengan peningkatan kes Covid-19, jualan nasi lemaknya merosot.

“Dari tiga tong nasi setiap hari kepada satu tong sahaja. Sebabkan banyak kes Covid-19, orang ramai tidak banyak keluar rumah atau mereka mula bekerja dari rumah.

“Perubahan itu menyebabkan pelanggan berkurangan. Apapun, saya reda dan tetap buka gerai kerana itulah sumber rezeki saya,” katanya kepada mStar sambil menambah berniaga nasi lemak sejak lima tahun lalu.

Keadaan gerai lengang ketika Seremban mula-mula menjadi zon merah.

Heldi berkata, secara kebetulan pada minggu PKPB dilaksanakan di Seremban, daerah itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama beberapa jam.

“Penduduk di kawasan banjir bukan sahaja terjejas dari segi penempatan, malah sumber pendapatan mereka termasuk makan dan minuman.

“Posting saya yang tular itu menarik perhatian orang ramai untuk membeli nasi saya untuk disedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

See also  25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes
Bungkusan nasi untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Dia yang kini menetap di Seremban memberitahu bisnesnya menjadi platform untuk menghulurkan sumbangan lebih 500 bungkus nasi selama dua setengah hari.

“Saya bukan sahaja membuat nasi lemak, tapi juga nasi dan lauk bercampur bagi memenuhi hidangan makan tengah hari dan malam pada hari pertama serta kedua.

Saya percaya pada rezeki. Yang penting kita jangan putus asa dan terus berusaha

HELDI MOHAMMAD

“Ini termasuk sarapan buat mereka pada hari ketiga. Sepanjang tiga hari ini, gerai tidak dibuka kerana tumpuan diberikan sepenuhnya untuk sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia turut membantu memberikan sumbangan makanan kepada anak-anak yatim.

Antara nasi yang disumbangkan kepada mangsa banjir.

Heldi berkata, dia bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah selepas membantu membuat kebajikan menerusi sumbangan orang ramai.

“Syukur alhamdulillah, walaupun masih PKPB di Seremban, pelanggan semakin bertambah datang ke gerai. Ada pelanggan setia, ada juga pelanggan baharu.

“Saya percaya pada rezeki. Yang penting kita jangan putus asa dan terus berusaha. Walaupun tak banyak untung, atau tak balik modal, jangan berhenti berniaga walaupun kecewa.

“Untung rugi adat orang bisnes. Kalau tak kuat, janganlah jadi peniaga. Mana-mana pun ada cabaran dan dugaannya termasuk bisnes. InsyaAllah, rezeki itu ada di mana-mana,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rezeki bertambah selepas bantu kerja kebajikan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149614
Users Today : 1221
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22116
Users Last 30 days : 79336
Users This Month : 43339
Users This Year : 149613
Total Users : 149614
Views Today : 1700
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33365
Views Last 30 days : 121525
Views This Month : 66116
Views This Year : 228506
Total views : 228507
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares