Sultan Johor berkenan kurnia pingat untuk barisan hadapan

Johor Bahru: 12/10/2020 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang, khusus sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini yang secara berterusan bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut akaun rasmi Facebook baginda,Sultan Ibrahim bertitah pingat berserta surat akuan akan dikurniakan kepada penerima terdiri daripada pelbagai jabatan serta agensi yang secara langsung terlibat dalam penugasan memerangi wabak Covid-19.

Dalam menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Johor, saya berkenan untuk mengurniakan mereka Pingat Jasa Dikenang.

See also  Nash terbabit kemalangan di lebuh raya

“Teruskan usaha baik anda semua, dan saya harap rakyat jelata terus memberi kerjasama sebaiknya bagi menghalang virus ini dari terus menular,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, hari ini.

Pada pertemuan itu, Rahim turut mempersembahkan contoh Surat Akuan berkenaan kepada baginda.

Warna riben pada pingat itu terdiri daripada putih, merah dan biru menandakan Bendera Johor, manakala di bahagian belakang, terdapat rekabentuk 10 tangan memegang erat di antara satu sama lain menandakan 10 daerah di Johor.

See also  VIDEO] Sayu Hati! 5 Beranak Duduk Bilik Sempit Putus Punca Pendapatan Sejak PKP

Sultan Johor bertitah, pingat berkenaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak di mana ia akan dipilih oleh ketua jabatan atau agensi masing-masing.

“Pingat ini kemudian akan saya sampaikan kepada ketua jabatan untuk diberikan kepada penerima antaranya Jabatan Kesihatan Johor, polis, tentera, bomba dan lain-lain,” titah baginda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 12:44 PM

See also  TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

Oleh: Mohamed Farid Noh
Gambar Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sultan Johor berkenan kurnia pingat untuk barisan hadapan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1430
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36942
Views Last 30 days : 122984
Views This Month : 76261
Views This Year : 238651
Total views : 238652
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares