Usahawan kosmetik ditahan terbabit penyeludupan dadah RM5 juta

Shah Alam:13/11/2020 Polis menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Selasa lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pada 10 November lalu, sekitar 4.30 petang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serdang menyerbu lokasi terbabit.

“Dalam serbuan pertama, polis menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun yang menaiki sebuah kereta Ford Mustang di tepi jalan di lokasi terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

See also  TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING

“Polis turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor, hari ini

Arjunaidi berkata, siasatan mendapati suspek seorang usahawan kosmetik di Kelantan dan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’, manakala adiknya seorang anggota tentera berpangkat biasa dan bertugas di Kuala Lumpur.

“Pada kad perniagaan suspek pertama, menyatakan dia ‘Datuk Seri’ tetapi semakan mendapati namanya tiada. Kemungkinan dia menggunakan gelaran itu secara tidak sah, polis masih lagi menyiasat.

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan urin negatif,” katanya.

Susulan tangkapan itu, katanya, polis berjaya menahan tiga lagi suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur lingkungan 32 hingga 43 tahun.

See also  Video✓✓Pemandu lori dikesan memandu positif dadah, rupanya

“Ketiga-tiga yang tidak bekerja itu adalah orang tengah bagi urusan jual beli dadah terbabit.

“Saringan awal polis terhadap ketiga-tiga suspek positif dadah methamphetamine malah dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah.

“Polis turut merampas tiga kenderaan Nissan Almera, kereta MPV Toyota Innova dan kereta Honda HRV serta wang tunai berjumlah RM3,000 yang mana keseluruhan sitaan bernilai RM158,000,” katanya.

Beliau berkata, sindiket dadah yang dipercayai beroperasi lebih lima bulan itu dipercayai menjadikan negara ini sebagai transit sebelum diedarkan ke negara jiran.

“Sindiket ini dipercayai menyeludup dadah ini dari negara jiran di utara negara, seterusnya dibawa melalui pantai timur ke pantai barat.

See also  Anggota tabligh ditahan di sekatan jalan dihantar jalani ujian Covid-19

“Berdasarkan risikan dan juga siasatan yang dibuat terdapat kemungkinan destinasi seterusnya adalah sebuah negara jiran yang lain, bermakna bukan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan dipercayai dalang sindiket terbabit dan siasatan masih diteruskan.

“Semua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Usahawan kosmetik ditahan terbabit penyeludupan dadah RM5 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155684
Users Today : 474
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24079
Users Last 30 days : 79508
Users This Month : 49409
Users This Year : 155683
Total Users : 155684
Views Today : 776
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36288
Views Last 30 days : 122330
Views This Month : 75607
Views This Year : 237997
Total views : 237998
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares