Berang kawalan sempadan diperketat, sindiket penyeludupan lepas tembakan

YAN: Sindiket penyeludupan dipercayai melepaskan dua das tembakan amaran kepada sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Tembakan pada jam 6.30 pagi semalam itu yang dilepaskan dari sebelah sempadan negara jiran itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

“Anggota PGA ternampak seorang lelaki berdiri di tepi pagar keselamatan sempadan sebelum ternampak percikan api dan terdengar letupan.

See also  Pasangan Warga Emas Sumbang RM152,000 kepada 2 Hospital Di Thailand.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

“Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan dua kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian,” katanya di sini pada Sabtu.

Katanya, pihak berkuasa Thailand berjanji akan memberi kerjasama untuk menyiasat kes berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilepaskan sebagai amaran kepada pihak berkuasa Malaysia yang mengawal ketat sempadan menerusi Op Benteng yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

See also  30 warga asing hadir jamuan Aidiladha ditahan

Sehubungan itu, Hasanuddin menasihatkan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan negara ini supaya lebih berwaspada ketika menjalankan tugas dan teruskan mengawal ketat kawasan sempadan daripada sebarang ancaman sindiket penyeludupan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

See also  Pelajar Tingkatan Dua terima penghargaan PDRM

#update????????

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Berang kawalan sempadan diperketat, sindiket penyeludupan lepas tembakan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148710
Users Today : 317
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24016
Users Last 30 days : 80108
Users This Month : 42435
Users This Year : 148709
Total Users : 148710
Views Today : 429
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36715
Views Last 30 days : 122931
Views This Month : 64845
Views This Year : 227235
Total views : 227236
Who's Online : 35
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares