(Video) “Yang Bela Kucing Je Faham”, 6 Tahun Bersama, Anak Dedah Ayah Menangis Kucing Kesayangan Mati Dilanggar

Siapa yang bela kucing, tahulah macamana dia punya perasaan sayang ‘gila-gila’ kat kucing tu, apatah lagi kalau bela bertahun-tahun lamanya.
Tapi orang kata, malang ni tak berbau. Macam mana pun, kalau takdir tu nak datang, maka ia datang juga.
Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Puan Mustasyar berkongsi detik-detik suram keluarganya apabila kucing kesayangan mereka yang sudah dibela sejak enam tahun lalu dilapor telah mati.
Difahamkan, kucing bernama Milo itu nyawanya melayang akibat dilanggar kereta oleh ahli keluarganya secara tidak sengaja dalam satu kejadian tengah hari semalam.
Nazak depan mata
Ketika dilanggar, Milo hanya mampu menjerit kesakitan, namun tidak sempat diselamatkan oleh Abah.
“Muka macam hancur tapi tak keluar darah sangat pun.
“Dia (Milo) duduk bawah kereta. Selalunya kalau hidup enjin dia lari. Kali ini tak lari. Mungkin dah memang ajal,” katanya
Jelasnya, Milo pada waktu itu berada dalam keadaan kritikal dan nazak.
Bagaimanapun akibat komplikasi kecederaan yang teruk akhirnya Milo menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Situasi pilu itu hanya mampu ditatapi Abah dengan linangan air mata tanpa sempat mengucapkan kata-kata terakhir.
Milo pergi jua
Anak emas abah
Sebelum ini, Milo rupa-rupanya ialah kucing yang paling manja dengan abah, sampai tahap tidur pun mesti dengan abah setiap hari.
Di bawah ini pula gambar Milo bersama kakaknya. Mungkin selepas ini, hidup si kakak akan mulai suram kerana adik yang menjadi temannya selama ini telah pun pergi.
Milo juga mempunyai peribadi yang baik. Mungkin sebab itu Abah terlalu sayang padanya.
Netizen pun turut bersedih atas pemergian Milo
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " (Video) Yang Bela Kucing sahaja mampu Faham " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.