Gelagat anjing tak bertuan kini hubungan dah ngam

Gara-gara takut tapi kesian, wanita ini ‘kaji’ dulu gelagat anjing tak bertuan dekat rumahnya… kini hubungan dah ngam! – “Girl selalu lapar, tapi tertib” – Viral

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SIFAT berkasih sayang tidak hanya terhad kepada manusia.

Agama Islam sendiri menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama makhluk termasuklah kepada haiwan.

Pasti sedikit janggal apabila melihat orang beragama Islam memberi makanan kepada anjing, ekoran stigma segelintir masyarakat yang skeptikal terhadap haiwan yang dikategorikan sebagai ‘najis berat’ itu.

Namun perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita untuk berbuat baik kepada haiwan berkenaan, sebagaimana perkongsiannya di Facebook.

Malah dia turut mendapat pujian apabila rata-rata netizen kagum dengan tindakannya itu.

Wanita berkenaan, Wan Shahriza berkata segala-galanya bermula apabila dia menyedari kehadiran seekor anjing tanpa tuan yang berkeliaran di kawasan kejiranannya, baru-baru ini.

Anjing yang diberi nama Girl ini sering menunggu di hadapan pagar kediaman Wan Shahriza.

“Mulanya saya takut dengan dia. Kalau parking kereta di luar pagar rumah, cepat-cepat saya akan berlari masuk dalam rumah dan tutup pagar. Takut jika dikejar.

See also  Benarkan Najib serah Pulau Batu Putih kepada Singapura?

“Kita orang Melayu memang dari kecil ditakutkan oleh kisah-kisah anjing ganas yang boleh menyerang. Tak masuk lagi persoalan halal haramnya. Anjing dah jadi stigma.

“Tapi kemudiannya, saya perhatikan anjing yang satu ini tidak mengganggu sesiapa. Malah, dia bagaikan mengajak kucing-kucing jalanan bermain dengannya,” tulis wanita ini.

Selepas beberapa kali memerhatikan gelagat anjing berkenaan dan yakin ia tidak mendatangkan bahaya, wanita ini dan anak-anaknya mula memberanikan diri untuk memberinya makanan.

Girl sudah mengenali kenderaan Wan Shariza kerana wanita itu sering memberikannya makanan.

“Biasanya dia ada di tepi simpang jalan menuju ke rumah saya, kami biasanya ada spare makanan kucing dalam kereta. Atau sengaja kami simpan sisa-sisa ayam goreng dan tulang.

“Kami berhentikan kereta dan campak makanan untuknya. Lama-lama berani sikit. Berhenti kereta, turun dan letak elok-elok dekat dengannya.

See also  VIDEO Manusia zalim Ikat dan kurung anjing hingga kurus kering

“Anjing ni memang selalu nampak kelaparan, tetapi dia tertib. Hanya bila kami sudah naik semula ke dalam kereta, barulah dia datang makan,” kongsinya.

Menurut Wan Shariza, disebabkan sering diberikan makanan, anjing tersebut sudah mula mengenali dirinya.

Anjing ni memang selalu nampak kelaparan, tetapi dia tertib. Hanya bila kami sudah naik semula ke dalam kereta, barulah dia datang makan.

Wan Shariza

Pantang melihat kelibat kenderaan wanita itu memasuki simpang untuk pulang ke rumah, ia akan mengikut dari belakang sehingga di hadapan pagar.

“Tapi ‘dia’ tidak menghampiri. Ada jarak yang dikekalkannya. Dan ‘dia’, akan menunggu di luar pagar rumah, mengharapkan ada makanan untuknya. Kami panggil dia Girl,” cerita wanita ini.

Sejak itu, Girl akan menunggu di hadapan pagar kediaman Wan Shahriza sama ada pada waktu pagi, atau selepas wanita itu pulang dari tempat kerja pada waktu petang.

“Pagi-pagi lagi dia sudah ada di hadapan pagar, sewaktu saya sedang bergegas nak ke tempat kerja. Bila saya cross jalan ke tempat kereta saya park, si Girl ni mengikut pula. Girl keluarkan lidah, telan air liur, jelas memberi isyarat dia lapar.

See also  Pos Malaysia siasat video posmen melastik anjing hingga cedera

Antara komen netizen yang memuji tindakan Wan Shahriza.

“Tak sampai hati, saya masuk semula ke dalam rumah, mencari apa-apa makanan yang ada.

“Saya balik agak lewat. Bila kereta memasuki lorong menghala ke rumah saya, nampak Girl sedang berbaring santai di tepi jalan. Sebaik saya park kereta dan turun, tengoklah siapa yang menyapa saya,” kongsinya.

Sehingga kini posting Wan Shariza meraih sehingga 1,600 shares.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gelagat anjing tak bertuan kini hubungan dah ngam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149867
Users Today : 1474
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22369
Users Last 30 days : 79589
Users This Month : 43592
Users This Year : 149866
Total Users : 149867
Views Today : 2037
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33702
Views Last 30 days : 121862
Views This Month : 66453
Views This Year : 228843
Total views : 228844
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares