8 ditahan bakar mercun dan provokasi terhadap polis

16 November 2020,
SERDANG – Lapan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap ditahan selepas bertindak melakukan provokasi terhadap anggota kereta peronda polis (MPV) dengan membakar mercun dalam kejadian di Taman Serdang Jaya di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tangkapan ke atas lapan lelaki berusia 27 hingga 53 tahun itu dilakukan bermula pukul 8.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sepasukan MPV dikerahkan ke lokasi sebaik seorang warga emas mengadu lelaki bernama Vinoth membaling mercun sebelum serpihan tersebut terkena mata kiri pengadu pada Jumaat lalu.

See also  Bukan polis palsu, tindakan berdasar undang-undang

Katanya, mangsa menegur suspek sebelum rakannya dikenali sebagai Saravanan bertindak membaling satu lagi mercun serta mengugut untuk memecahkan kepala mangsa berkenaan.

“Susulan itu, sekumpulan lelaki dikatakan sengaja membakar mercun papan berdekatan MPV serta mengejek anggota yang terperangkap dalam kepungan itu selama 30 minit.

“Anggota berkenaan memberi amaran menggunakan pembesar suara, namun suspek tidak peduli,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Menurutnya lagi, tiada tindakan diambil ketika kejadian bagi mengelakkan berlaku kekecohan susulan kita percaya lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.

See also  Bawa lari motosikal curi 21 kilometer, terjun sungai sebelum dicekup polis

“Susulan itu, kita melakukan tangkapan semalam terhadap lapan lelaki, namun dua suspek utama iaitu Vinoth dan Saravanan masih diburu.

“Semakan lanjut mendapati, Vinoth mempunyai rekod lampau berkaitan kes culik manakala Saravanan membabitkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah Razali, kesemua lapan suspek direman bagi membantu siasatan dan usaha mengesan dua suspek itu masih giat dijalankan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 30 saat yang menunjukkan aksi sekumpulan lelaki melakukan provokasi dengan membakar mercun dihadapan anggota polis. – K! ONLINE

See also  Polis tembak Anak Dan tembak diri sendiri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 8 ditahan bakar mercun dan provokasi terhadap polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156691
Users Today : 532
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23346
Users Last 30 days : 78777
Users This Month : 50416
Users This Year : 156690
Total Users : 156691
Views Today : 938
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35351
Views Last 30 days : 121288
Views This Month : 77489
Views This Year : 239879
Total views : 239880
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares