Oyen Jaga setia Di Maybank Gombak Yang Tular di Media Sosial

Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengetahui sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat ‘hal’ di luar jangkaan manusia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan teruamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang boleh membuatkan ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Namun, menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group ), Oyen kali ini memainkan peranan sebagai pengawal keselamatan sambilan di Maybank, Taman Sri Gombak.

See also  Lelaki OKU PENDENGARAN gelang pink ditahan di pasar raya

Menurutnya, Oyen itu sememangnya dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana sering menghabiskan masanya dengan tidur di dalam aircond. Amboi, curi tulang betul!

Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni.

Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.

See also  Netizen terharu Pegawai Polisi selamatkan kucing tersepit celah enjin kereta

Sebilangan netizen yang membanjiri ruangan komen turut menyarankan kepada pihak Maybank untuk memberikan Oyen ‘staff ID’ sebagai pekerja tetap di bank tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan Oyen sebagai pengganti kepada maskot harimau di Maybank. Nampaknya, Oyen kesayangan ramai ini memang serba boleh ye. Kelakar!

Maybank perlu bagi staff ID pada Oyen

Manager memantau pelanggan keluar masuk

Selalu kalau pergi mesti dia ada

Perasan jadi ikon Maybank

See also  Adakah Satu Malaysia Termasuk PM Dan Indonesia, Dikencing Pelajar Klaim Dapat Biasiswa NASA Ini?

Sumber: Idiaj Dhom via Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group )

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Oyen Jaga setia Di Maybank Gombak Yang Tular di Media Sosial " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133185
Users Today : 1580
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20497
Users Last 30 days : 69200
Users This Month : 26910
Users This Year : 133184
Total Users : 133185
Views Today : 2535
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31878
Views Last 30 days : 108220
Views This Month : 41854
Views This Year : 204244
Total views : 204245
Who's Online : 0
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares