6 langkah awal perlu lakukan jika dipatuk ular

“Kurangkan Pergerakan.,”Doktor Ini Kongsikan 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kalau Anak Kena Patuk Ular

Baru-baru ini, tular berkenaan seorang kanak-kanak yang dipatuk ular ketika bermain basikal.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan ular mempunyai racun berbisa yang jika tidak dirawat, boleh membawa maut.

Pun begitu, ibu bapa sedikit sebanyak perlu tahu langkah betul yang perlu diambil sekiranya anak kecil mereka dipatuk ular.

Justeru daripada itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang langkah-langkah awal yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak mereka berdepan kemungkinan dipatuk ular.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Meremang rasanya bila terbaca kisah kanak-kanak dipatuk ular yang viral baru-baru ni. Kecil lagi budaknya baru 3 tahun. Sebaya je dengan umur anak saya.

See also  82 Kes Baru Covid19 Malaysia 256/9/2020

Ikutkan cerita, kanak-kanak tersebut duk mengadu sakit kaki masa masuk ke rumah lepas main basikal. Maknya ingat mungkin sebab terjatuh basikal. Itu kan biasa bila anak kita mengadu itu ini dan kita fikir sikit aje tu.

Tapi makin lama, kaki yang sakit tu makin membengkak dan sakit sampai tak boleh berjalan. Bila dibelek-belek baru nampak ada kesan gigitan.

Aaah sudah. Hati si mak dah mula rasa tak sedap.

Rupa-rupanya bila diperiksa basikal anak tadi rupanya ada seekor ular tengah berlingkar betul-betul pada rantai basikal!

Apa lagi, berdesup teruslah bawak anaknya tu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian begini sebenarnya payah kita nak jangka kerana bila-bila masa je boleh berlaku. Jarang terjadi tapi kita semua wajib cakna.

Ular sekarang tak hanya ada di semak samun saja. Di parking kereta, tepi pasu bunga pun kadang mereka rilek saja melepak santai.

See also  260 kes baru Covid19 Malaysia 1/10/2020

Jadi bila situasi terkena gigitan haiwan berbisa begini terjadi pada anak-anak kita apa yang kita perlu buat?

#1. Arahkan anak untuk kurangkan pergerakan pada anggota yang tercedera supaya dapat cegah bisa patukan daripada merebak. Lagi bagus kalau kita pasangkan anduh atau splint.

#2. Sebaiknya dukung si kecil kita tu sekiranya nak dipindahkan ke tempat lain dan jangan benarkan dia berjalan sendiri.

#3. Tanggalkan semua perhiasan kalau ada. Jam tangan ke, cincin ke atau gelang daripada anggota badan yang dipatuk sebab biasanya anggota tersebut akan membengkak. Masa tu lagi payah nak tanggalkan.

#4. Jika terdapat pendarahan, cover dan tekan sikit dengan kain bersih. Tapi jangan ikat anggota yang tercedera menggunakan tourniquet.

See also  Rexie adalah kucing cacat berusia 3 tahun

#5. Jika semburan racun ular terkena mata, segera bilas mata dengan air yang banyak.

#6. Cepat-cepat bawa si kecil tu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut.

Kalau boleh, tolong ingat jugak maklumat penting seperti bagaimana rupa ular, panjang, warna, rupa bentuk kepala, badan dan ekor demi memudahkan doktor dalam menentukan rawatan “antivenom” jika perlu.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 6 langkah awal perlu lakukan jika dipatuk ular " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124405
Users Today : 3828
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22077
Users Last 30 days : 69750
Users This Month : 18130
Users This Year : 124404
Total Users : 124405
Views Today : 5762
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33541
Views Last 30 days : 108245
Views This Month : 27654
Views This Year : 190044
Total views : 190045
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares