Bakar kereta kerana tak mampu bayar ansuran bulanan

KLANG – Seorang lelaki yang membuat laporan palsu konon keretanya dicuri terbongkar selepas polis mengesan suspek terdesak kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lelaki itu dikatakan tertekan hingga bertindak membakar kenderaan tersebut di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bukit Belimbing, Kuala Selangor dekat sini, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor berusia 53 tahun itu membuat laporan polis dua hari kemudian mengenai ‘kehilangan’ keretanya kononnya dicuri di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Klang.

See also  Pentingkan nafsu diri gopoh boleh mengundang kecelakaan kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis menerima laporan yang dibuat lelaki berkenaan pada jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar kereta jenis LMG yang dibelinya sejak empat tahun lalu susulan terpaksa menanggung sendirian ansuran bayaran berjumlah RM569 tanpa mendapat bantuan daripada rakan kongsi perniagaannya.

“Suspek dan rakannya sebelum ini terlibat sebagai sub-kontraktor membaiki jalan dan rumah.

See also  WANITA PANDU KERETA LAWAN ARUS DITAHAN

“Bagaimanapun, suspek membakar kereta terbabit kerana tidak berpuas hati dengan rakan kongsi perniagaannya yang gagal membantu pembayaran ansuran bulanan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dipercayai suspek bertindak sedemikian bagi menuntut insurans terhadap kereta tersebut.

Katanya, kes tersebut dianggap selesai berikutan penemuan kereta berkenaan selepas lelaki itu menunjukkan lokasi kejadian.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya.

See also  Keistimewaan Kod K Kad Pengenalan Bagi Orang Sarawak

MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 19 November 2020

#SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bakar kereta kerana tak mampu bayar ansuran bulanan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146629
Users Today : 3078
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21935
Users Last 30 days : 78027
Users This Month : 40354
Users This Year : 146628
Total Users : 146629
Views Today : 4345
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33402
Views Last 30 days : 119618
Views This Month : 61532
Views This Year : 223922
Total views : 223923
Who's Online : 30
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares