Hendak Seribu Daya Banjir bukan halangan berniaga

HULU TERENGGANU: 19/11/2020 Walaupun kedainya dinaiki air kira-kira 0.3 meter tetapi itu bukan halangan untuk seorang peniaga kedai runcit dan makanan pagi di Kampung Nibong di sini meneruskan perniagaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Engku Hasmah Engku Kamaruzaman, 45, berkata, tindakannya membuka kedai itu bertujuan memudahkan penduduk kampung mendapatkan barangan keperluan di samping memberi pendapatan kepada 10 pengusaha kuih yang menghantar makanan di kedainya.

See also  Covid-19: Enggan Diperiksa Suhu Badan, Seorang Wanita Ditumbuk Berkali-Kali Oleh Petugas Kesihatan

Katanya, limpahan Sungai Telemong menyebabkan premisnya mula dinaiki air kira-kira pukul 7 pagi ini ketika beberapa pelanggan menikmati sarapan.

“Kami sudah biasa dengan keadaan ini kerana saban tahun berdepan banjir dan perniagaan tetap diteruskan selagi paras air dirasakan selamat.

“Orang kampung pun masih keluar mendapatkan makanan pagi dan barangan keperluan seperti kerana untuk ke bandar agak sukar kerana ada laluan yang dinaiki air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

See also  Tragedi Pulau Bidong, Kisah Pelarian Vietnam 'Besar Kepala' Selepas Selesa Tinggal Di Malaysia

Menurut Engku Hasmah, sepanjang lima tahun berniaga dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami kerugian teruk akibat banjir berikutan sempat menyelamatkan barangan ke tempat tinggi.

Dia yang tinggal bersama lapan ahli keluarga memberitahu akan segera mengalihkan barangan ke tempat selamat jika air sungai yang terletak beberapa meter di belakang rumah mulai melimpah. -UTUSAN ONLINE

See also  Jelebu kawasan terkering di negeri Sembilan dikejutkan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hendak Seribu Daya Banjir bukan halangan berniaga " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124471
Users Today : 3894
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22143
Users Last 30 days : 69816
Users This Month : 18196
Users This Year : 124470
Total Users : 124471
Views Today : 5884
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33663
Views Last 30 days : 108367
Views This Month : 27776
Views This Year : 190166
Total views : 190167
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares