Penggunaan beg plastik ‘diharamkan’ di seluruh negara

PUTRAJAYA 19/11/2020– Beg plastik tidak lagi digunakan di semua premis di seluruh negara selepas pelaksanaannya dipersetujui oleh semua kerajaan negeri.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataannya memberitahu, mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-76 semalam meluluskan Kertas Cadangan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibentangkan KASA.

Menurutnya, MNKT turut bersetuju meluluskan pelaksanaannya di semua premis seluruh negara dengan mengenakan caj minimum 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.

“Pengenaan caj ini berpandukan prinsip ‘user-pay-principal’ yang bertujuan menghindari penggunaan plastik sekali guna.

“Justeru, kutipan ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk digunakan bagi aktiviti kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

See also  Jabatan Netizen berjaya bongkar Long Tiger

Dalam pada itu, pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik ini dibuat dalam dua fasa iaitu fasa pertama mulai Disember ini hingga 2021.

“Ia tertumpu kepada premis kekal iaitu pasar raya hiper, pasar raya besar, pasar raya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian serta farmasi.

“Bagi pelaksanaan fasa kedua bermula 2022 hingga 2025, kempen itu akan diperluaskan kepada jenis premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya,” katanya

See also  Suami isteri ini agih makanan, sediakan keperluan asas untuk warga M'sia terkandas di S'pura

. Mengulas lanjut, usaha ini selari dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018 – 2030 bertujuan membendung pencemaran plastik sekali guna dan beralih kepada alternatif lain lebih mesra alam.

“Sehubungan itu, KASA akan bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dan PBT dalam usaha gerak kerja pelaksanaan kempen ini termasuk memberi penerangan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan menghindari penggunaan plastik sekali guna.

“Orang ramai adalah digalakkan untuk membawa beg guna semula semasa membeli-belah dalam usaha bersama melestarikan alam sekitar,” ujarnya.

Sementara itu, dalam mesyuarat MNKT tersebut, KASA diwakili Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad yang turut menyatakan inisiatif kempen itu untuk menangani masalah pencemaran plastik sekali guna.

See also  Lumayannya! RM750 untuk seorang PATI diseludup masuk ke negara ini- Berniaga Manusia lebih bagus dari Jual Unta(Dialog Filem 3 Abdul)

Malah, beliau mengucapkan penghargaan atas sokongan dan komitmen semua kerajaan negeri untuk melaksanakan inisiatif tersebut dalam meningkatkan penghayatan gaya hidup hijau dalam kalangan rakyat Malaysia. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penggunaan beg plastik 'diharamkan' di seluruh negara " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156708
Users Today : 549
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23363
Users Last 30 days : 78794
Users This Month : 50433
Users This Year : 156707
Total Users : 156708
Views Today : 984
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35397
Views Last 30 days : 121334
Views This Month : 77535
Views This Year : 239925
Total views : 239926
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares