TUDM terbangkan 3 bayi alami masalah jantung

PETALING JAYA-20/11/2020

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung dari Kuching, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang, dekat sini hari ini.

Bayi perempuan, Eliora Mia Nawan berusia 20 hari mengalami masalah jantung ‘ Transposition Of Great Arteries’ akan dirawat di Hospital Gleneagles, Ampang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Anggota TUDM dan pasukan perubatan sedang bersiap untuk menerbangkan bayi bayi berkenaan ke Kuala Lumpur

Dua bayi lagi, Marry Anne Methew Mavrick berusia 19 hari yang menghadapi masalah jantung ‘ Congenital Heart Block’ dan Abang Muhammad AlFatih Abang Mohammad berusia dua bulan yang menghadapi masalah ‘Congenital Heart Disease’ akan dirawat di Institut Jantung Negara.

See also  KES DERA KANAK-KANAK : POLIS TAHAN BAPA KANDUNG

Ketiga-tiga bayi berkenaan sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Umum Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM, penerbangan ihsan berkenaan menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Penerbangan dilaksanakan TUDM ini bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera dan tertakluk kepada keadaan-keadaan tertentu terutama nasihat dari pegawai perubatan.

“Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial, malahan turut membuktikan bahawa TUDM sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan,” katanya.

See also  Polis tahan suami isteri disyaki dera budak 10 tahun

Terdahulu, pesawat A400M turut terlibat dalam penerbangan yang membawa Tim Mobilisasi dan peralatan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pertubuhan bukan kerajaan daripada Academy Medicine Of Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia yang dihantar ke ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kesemua bayi berkenaan dapat menjalani rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

“Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama bersama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan,” katanya. -K! ONLINE

See also  Penggunaan beg plastik 'diharamkan' di seluruh negara
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TUDM terbangkan 3 bayi alami masalah jantung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156722
Users Today : 563
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23377
Users Last 30 days : 78808
Users This Month : 50447
Users This Year : 156721
Total Users : 156722
Views Today : 1010
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35423
Views Last 30 days : 121360
Views This Month : 77561
Views This Year : 239951
Total views : 239952
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares