Nak lari ke mana?

Slim River:22/10/2020 Suasana pekan ini gempar seketika apabila berita seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Hospital Slim River (HSR) melarikan diri, petang tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Berita itu yang tular di Whatsapp menyebabkan penduduk bimbang.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun itu hanya berseluar pendek dan memakai t-shirt berwarna hitam ketika melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.48 petang daripada pihak hospital.

See also  Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Kedah positif Covid-19, SK Permatang Janggus ditutup

Katanya, pihak HSR memaklumkan seorang lelaki memakai gelang biru muda melarikan diri dari Wad 7 dari hospital terbabit.

” Lelaki itu berjaya dijumpai oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran stesen minyak kira-kira jam 6 petang.

” Sepasukan pertugas kesihatan yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) datang mengambil lelaki terbabit dan dibawa balik ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

See also  Cerita pengalaman pesakit Covid-19 varian Delta dan Omicron

Sulizmie Affendy berkata, hasil saringan Covid-19 oleh pihak hospital terhadap lelaki terbabit disahkan negatif dan dimaklumkan dia akan keluar wad esok.

” Hasil semakan rekod jenayah mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod lampau dan ditahan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), 269 KK dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

See also  293 Kes Baru Covid19 Malaysia 4-10-2020

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 12:14 AM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nak lari ke mana? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124383
Users Today : 3806
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22055
Users Last 30 days : 69728
Users This Month : 18108
Users This Year : 124382
Total Users : 124383
Views Today : 5717
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33496
Views Last 30 days : 108200
Views This Month : 27609
Views This Year : 189999
Total views : 190000
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares