PASIR MAS:22/11/2020 Tindakan selamba seorang pensyarah melepaskan tembakan di sawah padi, mengundang padah padah apabila ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Tasek Berangan dekat Repek, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 3 petang semalam, anggotanya yang sedang membuat rondaan mengesan sebuah pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan sawah padi.
“Anggota PGA kemudian melihat suspek turun daripada kenderaan berkenaan sambil menggalas senapang sebelum terus melepaskan tembakan ke arah sawah.
“Susulan perbuatan itu, anggota PGA menghampiri suspek sebelum menahannya untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati senapang terbabit adalah jenis pump gun bertulis perkataan Escort buatan Turkey.
“Kami turut menemui dua butir peluru hidup pada senjata itu, selain pemeriksaan dalam kereta menemui sembilan peluru jenis Sg 12 Bore, lima peluru pelet dan 58 butir peluru Ball Bearing,” katanya.
Muhammad berkata, suspek yang juga pensyarah kanan di sebuah institut pengajian tinggi itu ditahan, manakala semua barangan serta kenderaan dirampas sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206), Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Akta 37) dan Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Aktya 357).
“Saya menasihatkan orang awam untuk memohon lesen atau permit bagi memiliki senjata api, sejajar dengan undang-undang yang ditetapkan.
“Selain itu, PGA8 komited menjalankan tugas mengawal sempadan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan tiada jenayah rentas sempadan atau penularan wabak berlaku,” katanya.
▶️Berita Harian
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " PENSYARAH KANAN DITAHAN MILIKI PUMP GUN " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.