Perhatian! Sesiapa hadir kenduri di Kampung Chengal, Ketereh sila jalani ujian saringan Covid-19

Orang ramai yang menghadiri kenduri di Kampung Chengal, Ketereh, Ahad lalu diminta menjalani ujian Covid-19 susulan seorang tetamu di majlis berkenaan disahkan positif wabak itu.

Gambar hiasan

MAJLIS kenduri di Kampung Chengal, Ketereh pada Ahad lalu telah mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mana-mana pihak yang menghadiri kenduri berkenaan supaya menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan.

Katanya, langkah tersebut susulan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disahkan positif wabak itu.

“Kita harap orang ramai yang hadir ke majlis tersebut buat saringan di klinik berhampiran memandangkan pihak kami telah mengenal pasti seorang tetamu yang hadir pada majlis tersebut positif Covid-19 selepas membuat saringan.

“Buat masa ini kita masih menyiasat maklumat lanjut berkenaan kontak rapat dan kluster yang terlibat dengan individu tersebut, ” katanya kepada Sinar Harian di Kota Bharu.

Sehingga jam 12 tengahari, sebanyak lapan kes jangkitan Covid1-9 dicatatkan di Kelantan semalam melibatkan empat daerah utama iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kota Bharu.

(Visited 1 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perhatian! Sesiapa hadir kenduri di Kampung Chengal, Ketereh sila jalani ujian saringan Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares