Rakyat di Kelantan diminta patuh SOP kurangkan bersosial jika tak mahu PKPB disambung

Kelantan mungkin sambung PKPB jika kes masih tinggi

KOTA BHARU 23/11/2020- Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan disambung sekiranya kes di negeri itu masih meningkat.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut akan ditentukan berpandukan tempoh masa dua minggu sejak PKPB dimulakan.

“Ada kenyataan daripada pakar yang mengatakan kemungkinan jangkitan Covid-19 di Kelantan menjadi seperti Sabah memandangkan sifat penduduk negeri ini yang suka bersosial.


“Jadi, kita meminta penduduk Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

“Kita juga berharap pelaksanaan PKPB ini mampu menurunkan kes dengan mengehadkan perjalanan bagi mengelak berlaku penularan seperti di Sabah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bagi memastikan pandemik tersebut dapat diputuskan secepat mungkin.

Mohd Amar berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan langkah lebih drastik diambil berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam dua minggu pelaksanaan PKPB.

“Agak sukar sekarang kerana mereka yang positif tidak mengalami sebarang gejala menyebabkan pergerakan mereka tidak terkawal,” katanya.

See also  19 Julai 2021: Covid19 Jumlah kes 10,972
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakyat di Kelantan diminta patuh SOP kurangkan bersosial jika tak mahu PKPB disambung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  23 Julai 2021 COVID-19 : Jumlah kes adalah 15,573

Our Visitor

149900
Users Today : 1507
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22402
Users Last 30 days : 79622
Users This Month : 43625
Users This Year : 149899
Total Users : 149900
Views Today : 2079
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33744
Views Last 30 days : 121904
Views This Month : 66495
Views This Year : 228885
Total views : 228886
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares