Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: 24/11/2020 Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

See also  ESSCOM TAHAN SEORANG TEKONG DARAT CUBA SELUDUP MASUK 13 PATI DI BELURAN

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

See also  Kes COVID19 dunia naik mendadak

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa dan meninjau keadaan semasa.

Berita selanjutnya menyusul

See also  Lambakan PATI: Petualang sebenar adalah rakyat kita sendiri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149607
Users Today : 1214
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22109
Users Last 30 days : 79329
Users This Month : 43332
Users This Year : 149606
Total Users : 149607
Views Today : 1688
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33353
Views Last 30 days : 121513
Views This Month : 66104
Views This Year : 228494
Total views : 228495
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares