Kemaskini kes ragut Farmasi Gombak 2 suspek telah ditahan

Hasil soal siasat, suspek telah mengaku terlibat beberapa kes samun dan curi dalam kenderaan di beberapa lokasi di Setapak dan Sentul. – Polis
????????✍????????????…………………………..
Dua suspek kes samun farmasi ditahan

Kuala Lumpur 24/11/2020: Polis menahan dua lelaki, hari ini, yang dipercayai terbabit dengan kes samun di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak, di sini, Sabtu lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dengan bantuan Cawangan Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan dua suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini, pada 2 pagi.

See also  VAKSIN COVID-19 DAN PENGIKTIRAFAN SISTEM KESIHATAN MALAYSIA- Tan Seri Dr Noorhisham

“Dua suspek ditahan itu berusia 31 dan 40 tahun dan kami merampas pakaian dipercayai digunakan suspek semasa kejadian samun di farmasi terbabit.

“Siasatan awal mendapati barangan kemas disamun itu dijual kepada pihak ketiga dan kami sedang mengesan individu terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rajab berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah, manakala suspek kedua mempunyai lima rekod jenayah selain dikehendaki bagi kes dadah.

Beliau berkata, suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes samun dan curi dalam kenderaan di beberapa lokasi di Setapak dan Sentul.

See also  Bomba Selamatkan 11 Ekor Kucing Daripada kebakaran

“Kedua-dua suspek akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut. Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama diberikan sehingga tertangkapnya suspek kes berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Aisyah Mohd Nor di talian 013-9338214 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita ditumbuk di muka selain dua utas rantai leher dilarikan dua lelaki ketika membuat pembayaran di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Sabtu lalu.
Kejadian tular di media sosial itu menyebabkan mangsa cedera dan kerugian kira-kira RM10,000.

See also  Perlantikan Datuk Seri Hadi Awang Duta Khas Timur Tengah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kemaskini kes ragut Farmasi Gombak 2 suspek telah ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156724
Users Today : 565
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23379
Users Last 30 days : 78810
Users This Month : 50449
Users This Year : 156723
Total Users : 156724
Views Today : 1015
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35428
Views Last 30 days : 121365
Views This Month : 77566
Views This Year : 239956
Total views : 239957
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares