Laut Mati dan Sejarah GAY LGBT

Dead Sea ( Laut Mati dan Luth)

Laut Mati dan Luth

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sering kali kita dengar perkataan Laut Mati, tapi kenapa mati? Mari kita rungkai apa yang membuatkan laut ini dipanggil Mati.

Laut Mati atau Dead Sea diberikan nama sedemikian kerana kepekatan airnya yang sangat masin dan haiwan tidak dapat hidup. Senang cerita laut mati ini penuh dengan garam. Laut Mati sebenarnya seperti Danau kerana bersifat tertutup, tetapi dengan keluasannya yang agak luas, maka dianggap seperti lautan.

Laut Mati juga merupakan tempat yang paling rendah didunia iaitu 430 meter dibawah aras laut. Kedalaman laut mati 304 meter menjadikan laut mati sebagai tempat bergaram paling dalam didunia dan garis pantai nya yang sejauh 135km memukau pengunjung yang datang untuk mandi.

Laut Mati yang bersempadan dengan Jordan, Israel dan juga Palestin ini mengamit manusia yang datang kerana sifat semula jadi air garam yang mampu membuat manusia terapung dan tidak tenggelam. Sebab itu lah manusia senang lemas di dalam air tawar berbanding air laut.

See also  Polis Tahan Pelaku Tunjuk Anu Ke Jiran

Laut mati ini juga mempunyai kisah dan sejarahnya yang tersendiri. Sekitar laut mati ini juga dahulunya didiami oleh kaum umat nabi Luth.

Umat Nabi Luth yang terkenal dengan perlakuan Homoseksual iaitu minat sesama jenis. Maksudnya lelaki dengan lelaki. Maksudnya? GAY la ni..

Golongan LGBT sudah mula berkembang ribuan tahun, tapi kisah umat Nabi Luth ini merupakan kisah terbaik dengan pengajaran yang ada.

Kisah umat Nabi Luth ada disebutkan didalam Alquran dan juga Bible. Sodom and Gomorah. Allah SWT telah mengutus 2 malaikat untuk menyamar sebagai lelaki yang paras rupanya sangat tampan, Kaumnya telah mendapat khabar dan mereka datang untuk mengarahkan Nabi Luth menyerahkan tetamunya tetapi Nabi Luth enggan berbuat demikian.

See also  Memori pau kaya... selepas 3 dekad, Ketua Polis PJ jejak kasih penyelia syarikat bapa – “Terharu, Aunty Ah Siong simpan keratan akhbar berita saya” - Viral

Lalu Nabi Luth pun berdoa kepada Allah SWT untuk menurunkan azab yang pedih pada kaumnya yang ingkar dan buat perbuatan keji. Malaikat itu tadi mengarahkan Nabi Luth dan pengikutnya keluar dari kota tersebut dan meninggalkan isteri nya bersama sama orang tidak beriman.

Hancurnya kaum Luth kerana kawasan tersebut diterbalikkan oleh Allah SWT dan dihujani dengan tanah keras dan terbakar. Kajian mendapati ada batu batu yang dijumpai disekitar laut mati, mempunyai campuran belerang, kita tahu belerang memang senang terbakar. Malah kawasan itu juga didapati telah mengalami gempa bumi yang sangat hebat.

Ada juga kajian mendapati sebuah komet telah meletup dikawasan tersebut kira kira 3700 tahun dahulu dan menyebabkan hampir 60,000 orang mati. Saintis yang membuat kajian berkata mereka menjumpai kesan tembikar yang menjadi kaca kerana kepanasan yang melampau.

See also  Gunting rambut lengkap PPE khidmat barisan Hadapan

Kepanasan yang melampau telah menyebabkan manusia mati serta merta ketika itu, memang azab lah kalau manusia terus menjadi debu.

Komet tersebut telah meletup diudara dan menghasilkan impak yang sangat hebat dan mampu membinasakan mana mana kehidupan ketika itu dan batuan komet tersebut menghujani sekitar pesisir Laut Mati.

Sudah ada kajian yang menunjukkan terdapat kota dipesisir Laut Mati, jika kita ke kawasan tersebut, kita boleh lihat kesan peninggalan kota yang menjadi abu, kelihatan seperti rumah yang menjadi debu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Laut Mati dan Sejarah GAY LGBT " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124387
Users Today : 3810
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22059
Users Last 30 days : 69732
Users This Month : 18112
Users This Year : 124386
Total Users : 124387
Views Today : 5732
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33511
Views Last 30 days : 108215
Views This Month : 27624
Views This Year : 190014
Total views : 190015
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares