Cikgu tunggu tapi pelajar tak masuk kelas ‘online’ dan matikan telefon

Cikgu Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Kelas Online, Akhirnya Anak Sendiri Yang Masuk Nak Hiburkan Ayah
Penutupan sekolah susulan wabak Covid-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.

Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.

Lebih menyedihkan, mereka mematikan telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Cikgu tunggu tapi pelajar tak masuk kelas ‘online’ dan matikan telefon

See also  Cikgu 7 anak hanya berbasikal, kereta kena tarik dan suami hilang kerja kerana strok

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.

Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

See also  Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar

Nampak la abi gelak sikit..

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.

Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tular, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.

Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

See also  Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta


Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.

Sumber: Twitter @skinleas

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Cikgu tunggu tapi pelajar tak masuk kelas ‘online’ dan matikan telefon " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148703
Users Today : 310
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24009
Users Last 30 days : 80101
Users This Month : 42428
Users This Year : 148702
Total Users : 148703
Views Today : 420
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36706
Views Last 30 days : 122922
Views This Month : 64836
Views This Year : 227226
Total views : 227227
Who's Online : 30
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares