Jurutera TNB Tidak jadi bunuh diri sebab nampak kelibat buaya

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
25 November 2020,

KLANG: Jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ingin membunuh diri tetapi ditemukan selamat dan dalam keadaan basah di tepi jalan kerana dipercayai ternampak kelibat buaya di sungai berhampiran jambatan di Jalan Mohd. Sidin di sini kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu yang pada mulanya terjun di kawasan tengah sungai bagi membunuh diri bertindak berenang dengan laju di kawasan tepi sungai tersebut.

“Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat buaya yang menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya membunuh diri.

See also  Gempar lelaki duduk atas palang terminal bas

“Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan bunuh itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan melaporkan cubaan seorang jurutera ingin membunuh diri dengan terjun daripada jambatan gagal apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat dalam satu kejadian di Jalan Mohd. Sidin di sini.

Wanita berasal dari Taman Klang Jaya ditemukan orang awam dalam keadaan basah lebih satu kilometer daripada lokasi kejadian.

See also  Dua pelajar ditahan kes pukul

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki mengatakan terdapat seorang wanita telah terjun ke sungai di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.57 petang.

“Bagaimanapun, wanita terbabit ditemukan semula dalam keadaan pakaian basah di tepi jalan berhampiran kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.

“Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

See also  Bela kambing di dalam rumah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jurutera TNB Tidak jadi bunuh diri sebab nampak kelibat buaya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156717
Users Today : 558
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23372
Users Last 30 days : 78803
Users This Month : 50442
Users This Year : 156716
Total Users : 156717
Views Today : 1000
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35413
Views Last 30 days : 121350
Views This Month : 77551
Views This Year : 239941
Total views : 239942
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares