Kerajaan luluskan Pengeluaran i-Sinar maksima 10K

Berita baik! Program i-Sinar untuk 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 – Semasa

BERITA baik apabila kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Tengku Zafrul berkata, pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.

See also  KWSP : Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jelasnya, kadar maksimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.

“Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

“Selagi terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun 1 KWSP.

“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000,” katanya.

See also  Talian hotline khas i-Sinar diwujudkan

Tengku Zafrul berkata, ia membabitkan nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion.

Beliau menambah, semua ahli yang layak perlu memohon di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.

“Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa keputusan untuk memperluaskan skim i-Sinar tidak akan menjejaskan dividen atau pulangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

See also  Si batik belit tedung selar dalam longkang
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kerajaan luluskan Pengeluaran i-Sinar maksima 10K " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155671
Users Today : 461
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24066
Users Last 30 days : 79495
Users This Month : 49396
Users This Year : 155670
Total Users : 155671
Views Today : 755
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36267
Views Last 30 days : 122309
Views This Month : 75586
Views This Year : 237976
Total views : 237977
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares