Koperal Norihan tiba di Hospital Pulau Pinang

Koperal Norihan tiba di Hospital Pulau Pinang
25 November 2020,

GEORGE TOWN – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Norihan Tari, 39, yang terbabit dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar semalam selamat tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Norihan yang selesai menjalani pembedahan usus di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam dibawa ke HPP untuk membuang tiga peluru iaitu satu pada paru-paru dan dua pada perut.

See also  KAMBING Selamat dari DIJILAT API

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Beliau dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejurus tiba dengan ambulan.

Turut menemani mangsa adalah dua anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika ditemui di HPP turut mengesahkan ketibaan anggota terbabit di HPP sebentar tadi.

See also  Polis cari pemandu Volvo memandu di lorong motosikal

Dalam kejadian jam 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis.

Ketika kejadian, Baharuddin sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, yang turut terkena tembakan dan mengalami kecederaan parah. – K! ONLINE

See also  Seludup petrol melalui paip dasar Sungai Golok ke Thailand

#Updateinfo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Koperal Norihan tiba di Hospital Pulau Pinang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156087
Users Today : 877
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24482
Users Last 30 days : 79911
Users This Month : 49812
Users This Year : 156086
Total Users : 156087
Views Today : 1607
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37119
Views Last 30 days : 123161
Views This Month : 76438
Views This Year : 238828
Total views : 238829
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares