JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan kerana cuba menyamun seorang wanita dalam tandas di sebuah stesen minyak Lebuh Cemerlang di sini kelmarin.

“Sebelum itu, wanita tempatan berusia 26 tahun itu masuk ke tandas pada jam 9.45 malam. Semasa berada dalam tandas, beg tangan mangsa ditarik seorang lelaki tidak dikenali.
“Mangsa telah melawan dengan menolak dan suspek gagal mengambil beg tangan mangsa. Suspek melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, anggota polis yang menyedari kejadian tersebut sempat mengejar dan menangkap suspek.
Tambahnya, turut dirampas sebuah motosikal yang dipercayai milik suspek.
Suspek ditahan reman selama lima hari mulai semalam untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat katanya, di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum
penjara sehingga tujuh tahun atau boleh juga didenda.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " PEMUDA DITAHAN CUBA SAMUN DALAM TANDAS WANITA " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.