Tiga pelajar cedera jatuh jambatan ketika mencari internet

RANAU 26/11/2020- Tiga pelajar cedera selepas terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, ketiga-tiga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut itu dikatakan bersama lima lagi remaja lain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Difahamkan, dua pelajar patah bahagian paha dan betis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan tulang belakang selepas terjatuh dari jambatan gantung setinggi 18 meter dari paras sungai.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang mengesahkan kejadian berkenaan memaklumkan seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

See also  Khidmat urus jenazah secara percuma

“Ada beberapa pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang telah dibina sejak 10 tahun lalu.

“Pelajar ini menggunakan jambatan itu sebagai stesen untuk mencari talian internet dan lapan pelajar berkumpul di satu kawasan. Ini mungkin salah satu punca kenapa jambatan putus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Keadaan jambatan gantung yang runtuh sehingga menyebabkan tiga pelajar cedera dalam kejadian di Kampung Gusi, Ranau.

See also  Tak padan dengan sakit sempat lagi buat gangguan seksual keatas jururawat.

Mengambil maklum dengan kejadian itu, Joachim berkata, pihaknya akan membuat lawatan di kampung itu pada minggu hadapan dan memantau keadaan jambatan terbabit.

“Minggu depan saya akan ke kampung itu dan jambatan baru akan dibina untuk penduduk.

“Saya berharap akan mendapat peruntukan dari kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Saya arahkan pegawai saya untuk mendapatkan peruntukan pembinaan jambatan gantung,” katanya.

Katanya, pengangkutan yang ada ketika ini untuk penduduk kampung hanya sampan kecil atau bot.

“Saya berharap penduduk tabah dan saya simpati serta semoga pelajar yang cedera akan cepat sembuh,” katanya.

See also  Senarai Kawasan Merah Covid-19 setakat 25-10-2020

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, polis akan mengadakan lawatan ke lokasi bagi mendapatkan laporan penuh kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga pelajar cedera jatuh jambatan ketika mencari internet " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1110
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35523
Views Last 30 days : 121460
Views This Month : 77661
Views This Year : 240051
Total views : 240052
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares