{Video} Bomba selamatkan gadis dari lemas cubaan bunuh diri

Tertekan dengan masalah keluarga dipercayai penyebab seorang gadis berusia 15 tahun terjun

Kota Kinabalu: Tertekan dengan masalah keluarga dipercayai penyebab seorang gadis berusia 15 tahun terjun dari besi saluran paip dekat Jambatan Sungai Sembulan, di sini, tengah hari tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, gadis terbabit yang tinggal di Kampung Sembulan Lama dikatakan terjun dari besi saluran paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan tiba untuk operasi menyelamat.

See also  Polis sedang kenal pasti suspek, mangsa pergaduhan¬†

Anggota bomba cuba memujuk mangsa namun selepas hampir lima minit usaha itu gagal sebelum gadis terbabit terjun ke sungai.

Bagaimanapun pasukan bomba yang sudah bersedia di sungai berkenaan berjaya menyelamatkan gadis terbabit daripada lemas.

Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu, Jamaludin Hussin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 1.46 tengah hari, bergegas ke lokasi bersama seramai 15 anggota dengan sebuah jentera, EMRS dan dua kenderaan utiliti.

Katanya, pasukan bomba cuba memujuk gadis yang berdiri di besi saluran paip dan satu lagi pasukan bersedia di sungai berkenaan.

See also  NI DIA RESPON POLIS MENGENAI KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT TESCO TANJUNG TOKONG SIANG TADI.

“Selepas hampir lima minit memujuk gadis itu bertindak terjun menyebabkan pasukan bomba yang berada di sungai itu terus menyelamatkannya.

“Gadis itu kemudian dibawa ke daratan sebelum ditenangkan dan diberi rawatan awal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, gadis itu kemudian dimasukkan ke kenderaan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dengan kebenaran polis untuk pemeriksaan lanjut.

“Operasi menyelamat tamat jam 2.23 petang,” katanya.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kejadian.

See also  Lakaran digunakan polis soviet mengenal pasti suspek mengikut etnik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 4:17 PM

Oleh: Juwan Riduan
Video/ Gambar: Media sosial

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Bomba selamatkan gadis dari lemas cubaan bunuh diri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367175
Users Today : 2087
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11807
Users Last 30 days : 64154
Users This Month : 56193
Users This Year : 367174
Total Users : 367175
Views Today : 3121
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18017
Views Last 30 days : 99158
Views This Month : 86959
Views This Year : 566025
Total views : 566026
Who's Online : 22
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares