Peragut diburu polis

“Suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah dilihat menarik beg tangan mangsa tetapi mangsa sempat melawan dan menarik semula beg tangannya dan menyebabkan talinya terputus.

GOMBAK 27/11/2020 – Seorang lelaki menjadi buruan polis selepas perbuatannya cuba meragut beg tangan seorang wanita dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di Taman Kamariah di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, berdasarkan rakaman tersebut, kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.15 pagi semasa mangsa seorang wanita berusia 37 tahun cuba menyeberang jalan sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang.

See also  BAGAIMANA SOVIET KESAN KAPAL SELAM NUKLEAR AMERIKA

“Suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah dilihat menarik beg tangan mangsa tetapi mangsa sempat melawan dan menarik semula beg tangannya dan menyebabkan talinya terputus.

“Selepas itu, suspek kemudiannya terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

See also  Melaka: Terawih, bazar ramadhan, bubur lambuk tangguh

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian akibat daripada kejadian itu. “Kes disiasat di bawah seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Atikah di talian 03-6126 2222,” tegasnya.

– K! ONLINE Oleh NUR HUDA MUSA 27 November 2020, 3:38 pm Video: Media sosial #Kosmo #infosemasa @infosemasaofficial

See also  Dua beradik hilang sudah ditemui
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peragut diburu polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1431
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36943
Views Last 30 days : 122985
Views This Month : 76262
Views This Year : 238652
Total views : 238653
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares