{{Video}} TLDM usir dua bot nelayan Indonesia

Tahniah ATM-TLDM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir dua bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara kira-kira 71 batu nautika barat laut Pulau Jarak pukul 6.45 petang semalam.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata, Kapal Diraja (KD) Mahawangsa yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut, Ops Pejarak dan rondaan di Selat Melaka menerima maklumat daripada pesawat Maritim Malaysia (APMM) yang mengesan beberapa bot nelayan di sekitar 46 batu nautika barat laut Pulau Jarak.

“KD Mahawangsa seterusnya belayar menuju ke lokasi tersebut dan mendapati dua buah bot nelayan asing yang tidak memiliki nombor pendaftaran dan mengibarkan bendera Indonesia berada di posisi yang dikesan pada pukul 5.49 petang.

See also  VIDEO peniaga warga asing tidak takut kepada penguatkuasa. Memalukan

“KD Mahawangsa seterusnya mengusir dua bot tersebut dengan mengiringi bot-bot tersebut sehingga keluar dari
perairan negara pada pukul 6.45 petang,” katanya hari ini.

Ujarnya, TLDM sentiasa memperkasakan Ops Benteng Laut bersama pelbagai agensi maritim lain di bawah National Task Force bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin.

See also  *Hospital Miri nafi wanita terlepas masuk ke wad Covid-19*

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}} TLDM usir dua bot nelayan Indonesia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Kanak-kanak dakwa didera, dihalau ibu bapa

Our Visitor

146278
Users Today : 2727
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21584
Users Last 30 days : 77676
Users This Month : 40003
Users This Year : 146277
Total Users : 146278
Views Today : 3739
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32796
Views Last 30 days : 119012
Views This Month : 60926
Views This Year : 223316
Total views : 223317
Who's Online : 40
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares